Wednesday, November 16, 2011

LELAKI ITU

Lelaki itu....



Dia yang selalu memanggil nama saya, supaya saya selalu berjaya....

Dia yang mengajar saya bahawa bukan senang mahu menangis tatkala berdoa menghadap PENCIPTA..

Dia, yang setia beri semangat untuk saya jadi yang terbaik sejak kecil. Tanpa doa dia siapalah saya sekarang..

Lelaki itu..
Bila saya berjaya dia peluk dengan kasih sayang. Mengucup tanda tahniah. Bangga. kerana saya zurianya.
Bila saya gagal dan kecewa, dia beri semangat tanpa putus. Tak sedikit pun dia turut kecewa dengan kegagalan saya...

Sewaktu saya di tingkatan 5, di peperiksaan pertengahan tahu, keputusan peeriksaan saya jatuh merudum. keputusan dan kedudukan paling teruk sepanjang saya belajar. sedangkan kejayaan saya sebelum ni menjadi kebngaan papa mama.  Ibu bapa saya dipanggil pada perjumpaan ibu bapa dan guru. ibu bapa teman sebilik saya dipanggil kerana keputusannya cemerlang. saya sebaliknya.

Saya khabarkan pada mama. dan mama memberitahu dia.
Dia datang, dalam kesibukan dia mencari rezki buat kami.
Di bawah pohon rimbun, di taman bacaan, dia menasihai. memberi semangat kembali. menekankan betapa dia mahu saya hadiahkannya kejayaan lagi. betapa dia tak mampu beri apa-apa lagi kecuali ilmu. doa sentiasa mengiringi... diceritakan segala kesukarannya selama ini. pintanya hanya satu biar anak-anaknya berjaya. dalam linangan air mata. petama kali seumur hidup saya dia menangis, kerana saya. sungguh saya rasa berdosa mengecewakannya. air mata saya juga laju mengalir waktu itu. bukan saya tak pernah gagal tau jatuh dalam pelajaran. waktu UPSR dulu keadaan saya lagi teruk. tapi buah hati saya mama dan papa tenang menghadapi saya...tapi waktu di tingkatan 5 tu saya tahu, papa pun tahu. waktu itu peperiksaan SPM bakal menentukan masa depan saya. kerana itu dia lebih mengambil berat dan menginginkan kejayaan saya.
kemudian dalam linang air mata kami berdua saya memohon ampun. mengucup tangannya. memeluknya. dan dalam pelukan itu saya tekad membetulkan keadaan... Alhamdulillah, saya mampu buat dia menangis lagi. tapi dengan kejayaan saya.



8 tahun berlalu. sampai kini.....

Lelaki itu...

tetap penyokong saya yang yang pertama
tetap pemberi nasihat yang utama.
tetap lelaki terbaik dalam hidup saya.
tetap menenangkan di kala saya berduka.
tetap pendorong saya yang setia.
tetap meyabarkan saya dikala kesabaran hilang seketika.
tetap membantu sebolehnya, semampunya andai saya tak bisa berbuat apa-apa.
tetap berasa sedih dan menangis di saat saya terseksa dan teraniaya.
tetap lelaki perkasa buat saya walau dia mudah mengalirkan air matanya.

manalah saya mampu mencari penggantinya.
manalah saya mampu ketidakhadirannya dalam kejayaan-kejayaan saya.
manalah saya mampu menidakkan kasaih sayangnya pada kami sekeluarga,
apatah lagi isterinya, mama saya. Sunggu saya syukur Ya ALLAH.

Dia tak punya harta berjuta untuk diberi buat kami sekeluarga.
Dia hanya lelaki yang kaya dengan nasihat dan doa.
 untuk kami keluarga, anak-anaknya.
Pelengkap hidup isterinya, mama.




Ya ALLAH, peliharakanlah kesihatan kesejahteraan pada hayatnya.
Saya tak cukup lagi menghadiahkan kejayaan buat dia.
Saya rasa tak cukup lagi menikmati kegembiraan dia saat melihat saya berjaya.
Saya mahu dia yang mewalikan saya, melihat dia menangis melepaskan saya pada suami saya .
Seperti dia lepaskan kakak saya kepada suaminya.
Allah.
Allah
Allah.
Engkaulah pengurnianya buat kami sekeluarga.
Terima Kasih Allah. Terima Kasih. Masih tidak cukup saya menyatakan kebaikannya. Peliharakanlah dia Ya Allah.
Saya tak mahu menulis semua ini hanya selepas dia tiada. Selagi dia ada, penghargaan saya tetap untuk dia.


"Gembirakanlah mama. ibu kamu, Papa ni tak apa"  Menasihatkan saya bila saya berdua dengannya di luar rumah

"Papa dengan mama ni ibu bapa. Memang kerja kami mendoakan anak-anak. Tak perlu disuruh. Doa kami pasti untuk kamu" menjawab pesan saya tiap kali saya suruh mendoakan .

"Bebelan mama tu ilmu" "Bebelan Mama lah hiburan papa bila kamu semua tak ada kat rumah" ketika menasihatkan kami supaya jangan melawan bebelan mama

"Semoga berjaya!!!" sebelum saya naik kereta pulang ke Subang, supaya saya berjaya dalam jodoh. haha

Nota: Dialah lelaki pertama dalam hidup saya : Che Derasid @ Che Abdul Rashid bin Che Musa

Thursday, November 10, 2011

Kisah kita sama, pada jalan berbeza

                                              

Assalamualaikum. Salam kebahagiaan penuh ketenangan. Moga berada dalam ketenangan dalam aroma zulhijjah yang indah ni. Aroma pengorbanan . Aroma kasih sayang pada Allah, Rasulullah S.A.W (Selawat jangan tak selawat), keluarga, sahabat-sahabat kita dan umat islam yang lain. Ingatan untuk diri saya sendiri juga. Jangan kita hayati pengorbanan sekadar dengan tumbangnya haiwan lembu, kerbau dan kambing semata. Pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail A.S kita hayati dengan keimanan dan ketaqwaan. Pengorbanan sebaiknya untuk nafsu dan nafsi kita adalah Niat, Usaha melakukan dan seterusnya melaksanakan Amal Maruf Nahi Munkar. Peganglah perinsip ini untuk diri walau dalam sekecil-kecil zarah sekali pun tindakan kita, insyaAllah... pengorbanan itu akan dibalas sebaiknya dengan ketenangan dan kebahagiaan tiap perjalanan.
 
                                                

itu sekadar mukaddimah besempena Aidiladha yang kita sambut lepas. Alhamdulillah sy berpeluang pulang 4 hari ke rumah bertemu keluarga tercinta. nikmatnya hanya Allah sahaja yang tahu. Dapat melihat Kasih sayang Allah titipkan antara mama dan papa. Mama kepada kami. dan papa kepada kami. Allah sungguh saya syukur dengan semua ini.

Dalam kegembiraan menyambut Aidiladha dengan keluarga, saya tak putus-putus juga didatangi soalan-soalan cepumas. Al maklumlah usia sekarang. kerja pun dah ada. nak- nak Papa.. kalau kat tempat kerja beberapa kakak-kakak yang saya selalu keluar makan bersama pun asyik bertalu-talu bertanya bilakah masanya? Allah.... kadang-kadang soalan mereka yang sama saya jawab dengan jawapan yang sama.=)

Cincin ada satu. Saya pun masih satu  =)
                                                                  
 "Bila lagi masanya?"

"Dah ada calon ke belum?"

"Nak yang macam mana?"
.............................................................................................................

"Calon masih di tangan Allah kak, belum sampai ke pengetahuan saya"

"InsyaALLAH, Bila Allah kata ye pada waktu dan keadaan yg sepatutnya itu, adalah kak"

"Kalau tak jumpa sapa-sapa Papa carikanlah...." =)

Kelakar dan kadang-kadang Kelu lidah nak menjawab jugaklah. Tak sangka saya dah sampai ke peringkat umur ditanya soal teman hidup. Bak kata kakak, dia dah rasai dulu. kena pandai- pandai hadapi. jangan stresskan diri. Alhamdulillah saya tak stress. Saya yakin Allah dah takdirkan seseorang buat saya, cuma masa, ketika dan keadaan yang benar itu belum muncul.

Seperti kata- kata orang lain juga sebelum ni, Soal jodoh ini bukan kerja senang. Bukan kerja memilih ikan di pasar dan bukan kerja sekadar cukup ada yang mencintai dan dicintai. Tidak, tidak begitu duhai wengers.

Saya tahu papa nak ada seseorang yang menjaga anak permpuannya ini. saya tahu papa risau saya keseorangan menghadapi hidup di bandaraya besar ni. Saya tahu Papa nak ada orang yang menemani saya pergi dan balik kampung yang memakan masa yang lama.. dan Saya tahu, saya tahu, saya tahu... =)

Saya juga ada yang saya mahu Papa... bukan tak mahu.
Saya mahu dia yang menginginkan saya kerana agama, bukan rupa.
Saya mahu dia menghormati ibu bapa saya selamanya, bukan sementara dapat memiliki saya.Begitu juga saya Pa..
Saya mahu dia dapat jadi pemimpin yang baik untuk saya dan zuriat-zuriat kami kesyurgaNYA.
Saya mahu dia dapat jadi pengukuh jambatan kami ke syurga...
Saya mahu dia yang sederhana sahaja, bukan berlebih-lebih. Tidaklah terlalu kurang juga..
Saya mahu dia pelengkap segala kelemahan saya dan tidak berasa lemah dengan kelemahan saya itu...(Terutama kelemahan saya yang Papa selalu ingatkan tu...  )

TERLALU BANYAK YANG SAYA INGINKAN, KAN?

Mungkin kerana itu Allah tak beri lagi seseorang yg boleh menjaga saya nanti..Ada yang Allah nak saya siapkan supaya Dia beri apa yang saya mahu..Belum lagi, bukan tak ada. InsyaALLAH ada..

Allah juga Mahu saya penuhkan diri dengan ilmu dan keimanan untuk menghadapi hidup lebih bertambah ujian di alam pernikahan nanti (pernikahan bukan sejadar kebahagiaan, tapi juga menguji pasang surutnya iman)

Allah juga mahu saya terus lihat alam dan keadaan supaya tidak terjadi suatu yg buruk sama dengan pernikahan lain di akhir zaman ini( kecurangan, kezaliman suami isteri, penderhakaan anak-anak, apatah lagi perceraian, ) Na'uzubillaahi min zalik.

                                       


Si dia yang mungkin Allah telah takdirkan buat saya juga mungkin sedang mengalami perkara yang sama dengan saya, tetapi dia juga mungkin sedang mempersiapkan diri sebaik mungkin dari segala segi;keimanan dan ketaqwaan.

Bukanlah saya mahu dia ahli ibadah yang extremist hingga lupa mentadbir dunia. Saya inginkan dia yang takut pada Allah, Kasih pada NabiNYA dan sayang pada sesama saudara. Simple, dan sederhana. Tapi itulah yang sukar dicari kini bukan. Jadi kerana itu belum lagi ada jodoh saya dietemukan. =)

Bak kata saya pada yang lain yang juga belum bertemu jodoh;-

"Biar lambat asal berkat"... =)

Pernikahan sekarang ini bukan sekadar mengelak zina. pernikahan adalah satu jalan kita mempersiapkan diri sebaik mungkin menghadapi PENCIPTA. Jika tersilap kita memilih, boleh jadi jalannya nanti tak mampu kita alih, kesukaran pun kita hadapi dengan pelbagai dalih, ujian kecil pun mungkin kita kata tak boleh. Jadi sebab itu saya hanya berdoa saya dan pasangan saya (yang saya sendiri tak tahu siapa orangnya), agar dapat kami bersabar menanti dan mempersiapkan diri sebaik mungkin untuk saat dan keadaan yang benar itu nanti. Moga perjalan ke arah pernikahan, sepanjang majlis pernikahan dan selepas majlis iaitu jalan yang lebih panjang (alam rumah tangga) diiringi keimanan dan ketaqwaan hendaknya.

Jaga hati kami Ya Allah agar kami tidak letakkan hati kami pada jalan yang salah, orang yang salah dan cara yang salah dalam mendirikan Baitul Muslim

Pada Allah saya berserah. InsyaAllah Ada. Jika tidak ada, pasti ada di akhirat sana, selagi kita menjadi yang hambaNYA yang Solehah . Saya masih membaiki diri, mungkin kerana itu Allah belum sampaikan waktu itu. Belum cukup solehah untuk yang di dunia, apa lagi di akhirat sana kan...

Nota: Bagi yang dikejar persoalan sama, jangan stress-stress. Hadapi dengan senyuman dan penuh pengharapan pada Tuhan. =)

Untuk papa: Allah mungkin nak tunjuk yang saya masih belum cukup jadi anak papa yang baik, sebelum jadi isteri yang baik =)



Ape yg diiNgin seoraNg anaK?


Aku terbace di blog misi azlina.. die crite prihal arwah ayahnye sblum pergi menghadap ALLAH yg satu… die cerite btape ayahnye seorang yang taaT dan sntiase berbakti pd neneknye(ibu kpade ayah die..)… dan saat ayah die meninggal neneknye tak ade bsame ayahnye krana berade di rumah anak yg lain.
Ayat dlm blog die ni aku amik—
saya tau ayah sangat2 mengambil berat dan menjaga nenek selepas pemergian arwah atuk. Sehingga kadang2 pemerhatiannya terhadap nenek melebihi pemerhatiannya terhadap emak dan kami adik beradik.
Ketika saya berbual2 dengan nenek, sambil menangis nenek cakap,
"Nenek selalu doakan ayah kau. Syurga lah tempat dia."
Allahuakbar… bederai air mate aku mengalir… aku juga harapkan mama dan papa dpt doakan aku seperti itu andai aku pergi dulu sblum mereka… takde ape yg aku hrapkan slain dari Redha mereka…Redha mereka, Redhalah jua Allah padaku…
Betul kate azlina…Apalagi yang diharapkan oleh seorang anak melainkan keredhaan ibu bapa terhadapnya?
Aku hanye berharap keredhaan itu sntiase mendampingi aku disepanjang hdup ini hingga akhir hayatku…
Mama dan Papa tersayang, walau ku selalu ucapkannye , namun takkan mgkin pernah ia mampu membalas jasa dikau berdua buat aku berade disini, Berjaya mengungkapkan rase kasih dan sayang ini buat dikau berdua… walau bukan hari bapa..walau bukan hari ibu, walau bukan di hari lahirku jua, ungkapan I LOVE U tetap milikmu, duhai pembawaku ke dunia.. dgn izin yang Maha Esa…Moga baktiku dan jasaku padamu juga bakal membawaku ke syurga nanti..insyaAllah…

P/S= Ni adalah entry tersimpan dalam draft. sy tatau kenapa saya boleh tak terpost.. sy rase tak ada masalah untuk saya post skarang kan? =)

Wednesday, November 2, 2011

Pagi yang Hujan

Assalamaualaikum semua. Jawablah. sama-sama kita doakan kesejahteraan sesama kita... =) Manalah tahu doa kalian semualah yang sedikit sedikit mensejahterakan kehidupan saya walaupun tetap Allah turunkan ujian...


Pagi ni hujan. sekarng ni nampaknya macam tu lah. Cuaca tak menentu. tapi janganlah kita berasa terlalu payah dan ralat dengan hujan yang Allah kurniakan buat kita. Bukan apa. Hujan ini mungkin menyusahkan hari-hari kita. Ada yang perlu kebasahan sebelum sampai ke tempat kerja dan sekolah. Kadang kadang menghalang aktiviti-aktiviti harian kita kan. Tapi jangan kita terlalu cepat melenting, mengeluh dan mengaduh. mengeluh merungut dan mengaduh hanya akan merosakkan kesihatan dan keimanan juga.


Hujan atau perubahan cuaca adalah dari Allah. Kita kena yakin bahawa Allah ada caraNYA tersendiri mentadbir makhluk-makhluknya. Alam ni kan mkhlukNYA. DIA jugalah yang berkuasa atas tiap sesuatu walau sebesar zarah sekalipun kan...


Mungkin Kita tak dapat bermain bola di padang bila hari hujan lebat. kalau kita dapat pun, kawan-kawan yang lain mungkin xsampai ke padang atas halangan hujan. tapi tahukah kita mungkin jika kita meneruskan permainan pada waktu sebegitu akan ada kecederaan yang berlaku. Kemalangan juga adalah kebarangkalian yang bakal berlaku di jalanan semasa menuju ke padang. Allah menghalang kita melakukan sesuatau, tapi dalam waktu yang sama DIA menjaga kita.


Negara kita punya hutan hijau yang agak luas dan besar. pokok-pokok dari hutan hijau ini dan yang ada di sekeliling kita inilah yang membekalkan Oksigen yang membolehkan kita bernafas sekian lama hingga hari ini. Andai Allah yang baik dan bijaksana itu tidak menurunkan hujan ke bumi, siapa agaknya yang rajin menyiram dan menjaga semua pokok-pokok di dunia ini? Baiknya Allah. masih menolong kita walaupun kita selalu mengeluh dan stress dengan hujan yang diturunkan, kan. Pohonlah Allah permudahkan hari kita walau dalam apa jua halangan yang DIA turunkan. Maka di sini saya menyarankan , berHAUQALAH la kita.

             

 "Tiada Daya kekuatan melainkan Dengan Kekuatan Allah Yang Maha Agong"  
       

Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah. Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.

Selain itu,

Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah KEBIMBANGAN”. (Hadis Riwayat Tabrani)

MasyaALLAH. Agak simple kan kaedahnya. Tapi itulah, sebenarnya kebimbanganlah yang selalu menguasai akal dan fikiran kita seterusnya terdorong meletakkan fizikal kita dalam keadaan bahaya.


Berbalik pada hujan tadi, itu hanya mukaddimah. hanya sedikit analogi dalam kita menghadapi sebarang kesusahan atau kegindahan dalam hidup. Allah yang mengatur hidup kita. DIA yang memberi ujian, maka DIA jugalah kita mohon agar dipermudahkan kita menghadapi ujian kan? Allah baik sangat. Dia cipta halangan, DIA juga cipta penyelesaiannya. tugas kita? Minta dengan DIA. InsyaALLAH. Amalkanlah kalimah HAUQALAH ni selalu.


NOTA: Moga dipinjamkan kekuatan dari ALLAH untuk kita saat kita rasa selemah-lemahnya dalam menghadapi kesukaran hidup ni. Amalkanlah. Yakinlah Allah itu memberi kesukaran untuk kita meminta pertolongan padaNYA. DIA mahu dekat lagi dengan kita. lagipun, bukankah hujan adalah antara waktu dimakbulkan doa? apa lagi, hujan je jom doa khusyuk-khusyuk!

BAIKNYAAAAALAH ALLAH KITA =)

Tuesday, November 1, 2011

Wanita di ragut



“tadi ada orang kena ragut..”
“kat mana... siapa?”
“kat Taipan, depan mata saya”
“orang tu naik motor pecahkan tingkap kereta sebelah pemandu dan amik handbag wanita tu. Bergelut sikit dan terus larikan ”
“bla...bla... bla....”
Perbualan mereka diteruskan... dengan suara lantang dan seakan memberi tahu dunia akan musibah hamba Allah di Taipan itu...tapi di mana perbualan ini take place? Di dalam surau. Sewaktu saya di tahiyat terakhir komunikasi dengan Allah , fardhu zohor di ofis. Sungguh perbualan mereka mengganggu, kerana terlalu kuat diucapkan. Allah sahajalah yang menilai kekusyukan solat saya.

Tapi dalam ibadah hamba yang serba tak sempurna ini, rasa sedkit terpukul dengan perbualan2 tersebut. Ada staff lain sedang solat juga. Saya tidak tahu telahan mereka bagaimana. Tapi pada saya kakak-kakak berkenaan boleh merendahkan suara mereka lagi. Surau itu kecil dan gemanya tetap ada. Ditambah dengan lontaran suara yang agak kuat menmbahkan lagi gangguan pendengaran bagi hamba2 Allah lain yang tengah solat.

Saya tahu berita itu wajar dikongsi sebagai peringatan dan langkah keselamatan di waktu akan datang. Tapi sebagai hamba yang serba kurang sempurna, waktu sebegitu saya ingin tujukan khas sebaik mungkin menghadap, berdating dan bercinta dengan Allah sebaik mungkin. Berulang kali juga saya kuatkan sedikit bisik doa saya pada Allah supaya mereka sedar bahawa yang lain tengah beribadah. Tapi malangnya perbualan mereka berlanjutan diteruskan dengan berkongsi pada mereka yang baru usai salam dan berniat ingin berwirid kali. Sekali mereka dikongsi dengan urusan Dunia yang terlalu sementara itu. Risau saya dalam keadaan begini.

Saya akui saya tak sempurna dalam ibadat mahupun amalan. Tapi waktu yang sedikit cuma untuk ruangan saya bersama Allah ingin saya isikan sebaik mungkin bersamaNYA. Saya hanya beristighfar supaya saya tidak dikuasai marah. Dan nyata setelah saya selesai urusan dengan Allah, mereka juga seakan mengajak saya menikmati kisah tersebut. Saya hanya senyum, melipat sejadah, telekung dan bersiap untuk berlalu. Biarlah rumah Allah itu saya jejaki untuk urusan saya di akhirat semata-mata kerana banyak tempat lain telah saya jejaki untuk urusan dunia saya. Hanya di situ dan ketika itu sahaja ruangan saya bersamaNYA. ALLAH terlalu istimewa buat saya, untuk saya letakkan keadaan, ketika, tempat dan dedikasi teristimewa saya juga istimewa kepadaNYA.

Saya tak berniat mengumpat kakak-kakak disitu tapi sebagai pengajaran untuk kita sama-sama jaga Rumah Allah seistimewa tempat dan PEMILIKNYA. Yang lain datang juga untuk SATU-SATUNYA Tuhan kita yang istimewa. Istimewakanlah ruangan dan waktu itu dengan tingkah dan kata-kata yang istimewa hanya kepadaNYA. Tidak mengganggu yang lain. Andai perlu juga, kita perlahankan nada dan keyanringan suara kita. Saya memohon ampun pada Allah andai saya pernah berbuat demikian juga. Astarghfirullahal azim...Moga Allah ampunkan kita dan moga Allah tetap terlalu istimewa di hati kita. Sesuai dengan tingkah dan kata-kata kita.


Nota: Doalah mohon perlindungan agar kita dilindungi Allah dalam apa jua musibah. dan jangan lupa menyebut : Innalillahiwainnailaihiraji'un..