Wednesday, December 4, 2013

Dedikasi Buat Bonda

Bonda, takkan ada cinta setaramu walau dijajah seluruh dunia, kasihmu bakal sentisa dirindu hingga hujung maya... Buat wanita terindah dlm hidupku, moga nafasmu dalam redha ayahanda dan redhaNya selalu.. Dalam hembus doa kami ank2 mu, moga syurga destinasi terakhirmu, hadiah terindah dari rabbMu...

Takkan ada titis air mata yg menyamai pengorbananmu untuk kami semua...takkan ada hilai tawa bahag...

ia kami kini tanpa redha dan doamu bonda...Tiap bahagia mahupun ujian buat kami, pasti ada inci doa darimu...

Nak dihimpun satu persatu jasa dan khidmatmu maka takkan pernah cukup pena di dunia... Moga di akhirat sana tetap ganjaranMu adalah syurga...

Ya Tuhan...
Dia wanita terindah Kau anugerahkan buat kami berenam...dan pastinya Ayahanda merasakan yg sama..
Redhakan hidupnya di dunia, mahupon di akhirat sana...

Salam ulang tahun buat bonda... Di hati kami dikau tak pernah tua, ada kasih dan cinta yg segar sentiasa~


Dedikasi buat bonda: Ramlah Hj Said

 
 
 
 
 

 

Monday, October 1, 2012

SEBUAH PERTEMUAN





Di ofis… dengar lagu sebuah pertemuan. Kemudian diulang-ulang lagi… lantas capai fon. Text seseorang yang jauh nun di sana:

Saya: Aku tujukan lagu Sebuah pertemuan, UNIC untuk kau…

Dia: huhu tenkiu2. Bgla skali kek secret recipe ke.haha

Saya: chehh.. jauh.

Dia: hoho

Saya: Aku rindukan pertemuan kita (lagu masih berkumandang)…

Sekaligus juga air mata mengalir laju . mencurah kerinduan… Ya Allah saya terlalu rindukan dia rupanya..Kali terakhir bersuanya November tahun lalu. Dan selepas itu tiada lagi bertemu mata. Namun sejak dari itu hanya telefon menjadi penghubung saya dan dia. Dia sekarang berada jauh nun di sana di Negeri Sabah di bawah bayu.

Sudah hampir 5tahun rasanya pekenalan saya dan dia. Alhamdulillah.. Dia yg saya impikan sejak mula2 dengar lagu nyanyian UNIC ni waktu di Matrik UIA 6-7 tahun dulu… waktu tu ada majlis yang mengumpulkan semua penghuni mahallah Aisyah. Program beberapa hari tu menuntut kami menghafal dan menyanyikan lagu ni .. Satu-satunya lagu UNIC yg saya suka sebelum tu sejak sekolah Menengah adalah lagu Ainul Mardhiah. Jadi saya kekok menyanyikan lagu tu mula2. Setelah diulang2 setiap kali awal dan akhir majlis akhirnya saya berjaya menghafal dan paling indah sy berjaya menghayatinya. Lagu itu mengingatkan saya pada satu cerita dari buku yang saya baca waktu kecil dulu. Waktu tu di rumah guru mengaji. Rumah Abi(Kami panggil Abi jugak seperti anak2nya). Sy lupa tajuk atau sumber buku itu tapi sy cukup ingat jalan ceritanya. Kisah dua sahabat yang dihisab kemudiannya salah seorang dibawa ke syurga dan seorang lagi ke neraka atas amalan masing. Sahabat di neraka cukup kesal atas amalannya selama ini yg telah mendorongnya ke neraka, sedangkan semuanya telah terlambat. Sahabat yg di syurga itu tidak gembira di syurga. Bila ditanya kenapa , katanya dia tercari-cari sahabatnya. Maka malaikat kata sahabatnya di neraka, disiksa di sana. Terkejut mendengarnya, sahabat yg baik ini menangis dan mengharapkan dapat berjumpa sahabatnya itu lagi. Malaikat berkata sahabatnya itu tidak boleh dikeluarkan lagi. Maka lelaki itu memohon agar dirinya yg dimasukkan ke neraka supaya tetap dia bersama dengan sahabatnya itu. Allah tahu akan hal itu. Maha suci Allah akhirnya dengan keihlasan dia bersahabat Allah mengurniakan privilege kepada lelaki itu dengan mengizinkan sahabatnya yang di neraka masuk ke syurga bersama lelaki baik itu. Sapa2 yang membaca dan tahu seumber kisah ini sy mohon share sumbernya…=)

Itulah kisah yang membuatkan saya bercita-cita mencari sahabat dan teman yang boleh membantu menuntun jalan saya ke syurga. Bukan neraka. Dan bila lebih dewasa, Lagu sebuah pertemuan menguatkan lagi azam saya. Liriknya terkesan di hati , mengimpikan sahabat yang tak membiarkan saya dalam kesesatan, kejahilan mahupan kehilafan. Sahabat yang tak putus asa mengheret dan mengajak saya ke jalan ALLAH dan kebaikan. AMIN. Saya ingat, di Dewan Al Malik Faisal itu saya bertekad….


Ketika diri mencari sinar

Secebis cahaya menerangi laluan

Ada kalanya langkahku tersasar

Tersungkur di lembah kegelapan ..



Bagaikan terdengar bisikan rindu

Mengalun kalimah menyapa keinsafan

Kehadiranmu menyentuh kalbu

Menyalakan obor pengharapan..


Sepanjang 2 tahun di matrik, tak pernah saya kenal dan terserempak dengannya. Dan kemudian atas restu Allah yang mengizinkan sebuah pertemuan, saya dan dia ditemukan oleh rakan-rakan yang lain sewaktu kami berada di kampus UIA Kuantan. Pertemuan pertama sewaktu makan malam bersama ayu dan Su, Dan pertemuan kedua sewaktu perkongsian perniagaan waktu festival U. Dia menjual baju dan saya menjual coklat. Dari situ bermula cerita tentang kami. Alhamdulillah perhubungan kami berkembang dari waktu ke waktu. Paling akrab di tahun 3 dan tahun akhir. Lebih banyak masa diluangkan bersama, lebih banyak ilmu dikongsikan bersama, dan lebih bnyak program kami hadiri bersama. Dan program kemuncaknya adalah: Kursus baitul Muslim A.K.A Kursus nikah.=) Tapi kami sama2 tak ada calonnya waktu itu, pergi dengan niat menimba ilmu bersama-sama. Alhamdulillah lulus ujian =)

Dan hingga hari ini, dia masih peneman yang setia, walau jauh mana jarak kami berada. Susah saya dia juga selalu ada. Kami menerima baik buruk, lebih kurang masing-masing.Walau jarak dan waktu memisahkan, kami cuba sedaya upaya mencari peluang untuk bersama. Sekurangnya bercakap di telefon pun cukup. Alhamdulillah, banyak tarbiyah diri yang kami bina bersama-sama. Banyak muhasabah yang dia kongsikan pada saya. Saat masing-masing tak punya kejituan dalam memilih dan menyelesaikan, kami sentiasa berbincang demi sebuah kepastian. Dia orang yg paling kenal, dekat dan tahu tentang hati saya. Saat sy gelisah dia ada menghilangkan resah, saat saya buntu dia hulurkan tangan tanda membantu, saat saya hiba dia masih ada menyeka air mata .

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu

Damainya hati

Yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan

Mengharum dalam harapan

Moga kan kesampaian kepada Tuhan

Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Yeke? Sebenarnya sy xpernah pun menangis dengan dia kerana persahabatan kami kebanyakannya berlalu ceria. Tapi suatu hari di majlis perkahwinanya, saya mengalirkan air mata. Saya tak mampu mengelaknya tapi masih berusaha menyeka. Pertama kali. Sy pastikan air mata sy tiada bila mendekatinya. Lantas berpesan pd zul suaminya “Jaga Nur baik2 Zul ye…”Waktu ini sebak masih mengiringi kata-kata rupanya. Tapi sy sorokkan juga air mata. Sy tahu suaminya itu yg terbaik telah Allah takdirkan buatnya. Sudah pasti dia menjaga sahabat sy itu sebaiknya. Alhamdulillah, detik hati saya Allah kabulkan. Pernah di hati saya terlintas “Nur, Kau baik… Lelaki baiklah untukmu”. Alhamdulillah, mendengar dia kini bahagia sy sedar kebahagiaan itu puncanya dari kebaikan dan solehahnya dia selama ini. Maka benar kalam Allah. Saya harap dia tahu betapa saya bahagia melihatnya bahagia, juga bahagia mengakui Janji Allah pada hambaNYA.


Dan hingga kini walau sekecil suka duka yang saya lalui,  dialah yang paling mengenal hati ni. Sepanjang persahabatan, Iman dan taqwa sentiasa menjadi peringatan, mengingatkan agar kami sama2 tabah menghadapi ujian dunia. Akhirat sentiasa menjadi cita-cita untuk bermulanya kebaikan tanpa putus. Ya Allah peliharalah lagi persahabatan kami hingga hujung nyawa. Hingga akhirat, hingga syurga. Jadikan syurga satu-satunya destinasi kami di akhirat, bersama. Jadikan cinta kami kepadaMU mengiringi cinta persahabatan kami. Rahmati kami dalam Iman dan taqwa kami kepadamu. Tunjukkan kami jalan yang benar dalam bersahabat demiMU. Bila makin kuat cinta kami, moga diatasnya kami junjung agung cintaMU ya ALLAH… Redhakan persahabatan kami…

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya

Tika diri dalam kebuntuan



Betapa aku menghargai

Kejujuran yang kau beri

Mengajarku mengenal erti

Cinta hakiki yang abadi



Tiada yang menjadi impian

Selain rahmat kasih-Mu Tuhan

Yang terbias pada ketulusan

Sekeping hati seorang insan

Bernama teman



Sahabatku Nur Shuhaidah… Bersahabat hingga Syurga!

Thursday, February 23, 2012

Mari Kita Sama-sama Pegang yang Ini

Assalamualaikum. Saya mohon maaf tak sempat update banyak entry. semenjak dua menjak ni dikehendaki diri ini untuk busy membantu senior saya dalam urusan kerja. Jadi kerja berganda sikit dari biasa. Sikit aje. Tapi alhamdulillah dah selesai. Agak penat, tapi kata-kata orang sekeliling melegakan saya dengan apa yang saya usahakan. Beberapa orang telah berkata;

"Awak nampak happy dengan pekerjaan awak"

Saya hanya jawab Alhamdulillah. Moga Allah pemudahkan lagi untuk masa-masa yang akan datang. InsyaAllah.

Ok harini nak kongsi pesanan Rasulullah untuk terus jadi panduan hidup... Moga pesanan-pesanan Rasulullah SAW dapat sentiasa menjadi Pelangi Kasih , mewarnai kehidupan kita menuju Allah. InsyaALLAH. Amin. (Chewah adaptasi samarenda , boleh tak? =D) Ok enjoy...


Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, "Rasulullah saw berwasiat kepadaku dengan sabda Baginda":



"Ya Ali! Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan. Tidak ada harta yang lebih berharga daripada aqal. Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub (rasa kagum pada diri sendiri). Tidak ada kekuatan yang lebih hebat daripada musyawarah. Tidak ada wara' yang lebih baik daripada menahan diri. Tidak ada keindahan selain akhlak dan tidak ada ibadah yang melebihi tafakur."


"Ya Ali! Segala sesuatu itu ada penyakitnya. Penyakit berkata-kata adalah bohong. Penyakit ilmu adalah lupa. Penyakit ibadah adalah riak. Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri. Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian. Penyakit bangsawan adalah merasa bangga. Penyakit malu adalah lemah. Penyakit mulia adalah menonjolkan diri. Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan, dan penyakit agama adalah hawa nafsu." (Saya Paling Suka ni!!!! Panduan untuk kita sentiasa bersederhana sebenarnya....)...Sederhana itu paling sempurna.




"Ya Ali! Perbanyakkanlah membaca Surah Yassin, kerana dalam membacanya itu terdapat sepuluh macam keberkatan. Tidak ada orang yang membacanya waktu lapar atau puasa melainkan kenyang. Haus kecuali hilang hausnya. Tidak memiliki pakaian melainkan ia akan memperolehi pakaian. Merasa takut kecuali datang rasa aman. Di penjarakan melainkan ia akan keluar dari penjara. Bujang melainkan ia akan berkahwin. Sewaktu musafir matanya menjadi terang dalam perjalanan. Tidak membacanya orang yang kehilangan sesuatu benda melainkan mendapatkannya kembali. Tidak dibacakan ia ke atas orang yang akan hampir ajalnya melainkan diringankan baginya. Barangsiapa yang membacanya di waktu subuh nescaya ia akan aman sehingga petang, dan barangsiapa yang membacanya di waktu petang nescaya ia akan berada di dalam keadaan aman sehinggalah waktu pagi."






"Ya Ali! Bacalah Surah Hammim Ad-Dukhaan pada malam Jumaat, nescaya Tuhan memberikan keampunan kepadamu."


"Ya Ali! Bacalah Surah Hasyar nescaya engkau berkumpul pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala sesuatu."


"Ya Ali! Bacalah Surah Tabaraka dan As-Sajadah nescaya berkat keduanya engkau diselamatkan Tuhan daripada bahaya hari kiamat."


"Ya Ali! Bacalah Qulhuwallahu Ahad dalam keadaan engkau berwudhuk, nescaya engkau akan di seru pada hari kiamat; Hai pemuji Tuhan! Bangkitlah, maka kemudian masuklah ke dalam syurga!"


"Ya Ali! Bacalah Surah Al-Baqarah, kerana sesungguhnya dalam membacanya itu ada membawa keberkatan, dan tidak mahu membacanya membawa penyesalan.




"Ya Ali! Janganlah engkau bersetubuh dengan isterimu pada malam bulan sabit baru muncul, dan jangan pula pada pertengahan bulan, kerana di khuatirkan anakmu akan cacat."


Aku (Ali) bertanya: Kenapa demikian ya Rasulullah? Jawap Baginda: "Kerana Jin banyak mendatangi wanita-wanita pada malam tengah bulan dan pada malam Hilal (bulan sabit). Apakah engkau tidak perhatikan bahawa orang-orang gila itu boleh muncul penyakitnya kembali pada malam tengah bulan dan malam Hilal itu?





"Ya Ali! Jauhilah sengketa, kerana ia akan menghapuskan amalan-amalan engkau."


"Ya Ali! Segeralah bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkah mendahului sedekah."


"Ya Ali! Jauhilah kemarahan, kerana syaitan menguasai anak cucu Adam dalam keadaan ia marah."


"Ya Ali! Jauhilah olok-olok, kerana hal itu akan menghilangkan kehebatan anak cucu Adam dan kesungguhannya."


" Ya Ali! Jauhilah riba, kerana padanya terdapat enam perkara, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga di dunia;


1. Ia akan cepat memusnahkan harta.


2. Ia akan melenyapkan kekayaan


3. Ia akan menghapuskan rezeki.


Adapun yang tiga di akhirat ;


1. Ia akan membawa buruk perhitungan (hisab).


2. Ia akan membawa kemurkaan Allah swt.


3. Kekal di dalam neraka."


"Ya Ali! Cintailah fakir miskin, nescaya Allah akan cinta pula kepadamu."


"Ya Ali! Janganlah engkau bentak fakir miskin, nescaya engkau akan di bentak pula oleh Malaikat pada hari kiamat."


"Ya Ali! Janganlah engkau abaikan sedekah, kerana ia akan menolak kejahatan dari dirimu."


"Ya Ali! Keluarkan infak hartamu dan berikan kelapangan kepada keluargamu, dan janganlah khuatir terhadap Tuhan yang memiliki Arasy bahawa Ia akan menyediakan kurnia-Nya terhadapmu."


"Ya Ali! Janganlah berdusta, kerana dusta itu menghitamkan muka. Bila seseorang sentiasa berdusta, dia akan dinamakan disisi Tuhan "si pendusta", dan bila dia benar maka akan dinamakan disisi Tuhan sebagai orang yang "benar" (siddiq). Sesungguhnya berdusta itu akan menjauhkan Iman.


"Ya Ali! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah bicara yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat melebihi ketajaman lisannya."


"Ya Ali! Jauhilah sifat dengki, kerana dengki itu memakan segala kebajikan sebagaimana api memakan kayu bakar".


(Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasa'i)



 
Well said Ya Rasulullah..... Moga Kami menjadi umatmu yang sentiasa beruasaha mengejar tiap apa yang diajarmu. Tidaklah kami mampu menjadi sehebatmu tapi akan kami usahakan mencontohi setiap kebaikanmu. Syafaatkan kami. InsyaAllah.
 
 


p/s= Saya buat warna warni post ni nak bagi rasa happy dan berjiwa pelangi dalam mengamalkan pesan Nabi (SAW)
 
Kerana cinta kepada Rasulullah, Bererti Cinta, Kepada Allah (Sila baca ikot nada nyanyian Dia Kekasih Allah, Hijjaz )  =)

Tuesday, January 17, 2012

Dunia Alam sana

Sekarang ini dalam industri hiburan, secara pesatnya pengusaha-pengusaha filem drama dan telemovie tempatan membikin produk berunsur mistik, hantu dan seram. Saya berpegang bahawa memang ada syaitan sebagai salah satu hamba Allah yang telah diciptakannya. Namun melihat kisah-kisah hantu dan cereka seram yang semakin banyak muncul di layar hiburan sekarang menyebabkan saya terfikir panjang. Walaupun saya bukanlah seorang ibu lagi tetapi saya pernah mendidik anak-anak di peringkat pra sekolah dulu. Dan saya tahu dan mengerti di peringkat ini mereka lebih mudah terpengaruh secara visual dan pendengaran. ilmu secara akademik bagi mereka adalah dari pancaindera mereka. ilmu ini lebih mudah mereka fahami.

Persoalan saya adalah, Tayangan-tayangan cerita hantu dan seram di tv kebanyakannya sekarang mementingkan pulangan komersial melebihi pulangan pengajaran dan tauladan. Tak mustahil juga mampu menggoyah tapak akidah dan iman yang kukuh di hati anak-anak zaman sekarang. Secara komersialnya mungkin payah untuk kita menyekat pengusaha industri hiburan dari terus mengaut untung untuk program-program sebegini. Akan tetapi, dari sisi yang lain saya ingin menganjurkan pada semua ibu bapa agar memantau dan mengawal tahap tontonan anak-anak terhadap hiburan-hiburan seram ini lebih-lebih lagi dalam menonjolkan kuasa imam dan lebai menghalau hantu. hanya pendapat saya. Tindakan dan perklaksanaannya terpulang pada kita.



Kisah hantu dan mistik yang ditayangkan skarang sudah makin berleluasa menerapkan kuasa "ustaz", "imam" atau "lebai" lebih dari penerapan kuasa Allah dan Ayat-ayatNYA.. Penonton disogok dengan ritual-ritual komersial berbanding penetapan akidah dan akhlak yang perlu ditonjolkan lebih lagi. Ibu bapa patut mengawal anak-anak menonton rancangan sebegini sekarang..




"Orang baik, Hantu pun takut dekat" - rasanya kalau anak-anak disogok dengan kata-kata begini mereka ada fundamental yang baik di dalam fikiran mereka dan akan terhad sedikit untuk menjadi nakal. Akhlak lebih terjaga. tapi bukan SEMUA ya maksud saya. Hanya saranan dan satu usaha =)

                      
Rezeki itu bukan Allah beri dalam bentuk wang semata-mata... Keimanan, ketaqwaan dan ketenangan mengahadapi hidup jua rezeki.. Kelakuan bebas dari dosa, sentiasa mencintai pahala, juga adalah rezki. Rezeki hanya dari Allah. Jika bukan dia yg memberikan semua punca kebaikan, siapalah kita. Hanya Hamba yang tak punya apa-apa. Hanya jasmani dan rohani yang kosong sahaja..



 
ikhlas dari hati.
 

Kekuatan Allah Mengatasi Segalanya

Allah itu lebih menguatkan daripada segala yang melemahkan kita. Percayalah. Dialah punca segala kekuatan. Hanya mohon padaNYA. Dia takkan pernah kedekut meminjamkan kekuatan selagi kita meminta dengan jalan baik dan sabar


                            

Jangan Pernah berhenti berdoa. Percuma, tiada bayaran dikenakan. setiap masa pun kita boleh lakukannya bukan? Adalah lebih baik kita bersungguh-sungguh dalam doa kita. khusyuk, dan yang penting yakin bahawa Allah pasti menunaikannya , hanya masa dan ketikanya sahaja kita tidak pasti. Untuk memastikannya lagi, berdoalah lagi tanpa henti. =)

Sunday, January 15, 2012

Kehormatan Kita

“Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya

Itulah bait kata-kata penuh makna Kak Wardina Safiyyah di  blog  luahan hatinya. Dia menceritakan bagaimana suaminya menjaga kehormatan dan maruahnya agar tidak dilihat sang perompak yang memecah masuk rumah mereka. Rata-rata wanita di fb berkongsi perasaan kagum dan keinginan mereka untuk mendapat suami sebaik  Bro.Ikhwan pada Kak Dina. Alhamdulillah. Jangan putus asa, pasti ada lelaki sebaik itu untuk kita, yang ditakdirkan ALLAH untuk menjaga maruah kita. Yang bakal kita lengkapkan tulang rusuknya nanti. Jadi pada saya tidak sepatutnya kita meletakkan kekaguman yang terlampau batas atas seorang manusia yang memang diperintahkan Allah untuk berbuat begitu. Alhamdulillah Kak Dina dikurniakan lelaki yang menjalankan perintah Allah sebaiknya selagi terdaya kan.

Kita juga boleh memiliki lelaki sebegitu selagi mana kita juga adalah hambaNYA yang melaksanakan suruhanNYA sebaik mungkin. Kerana itulah pesan Allah dalam suratNYA- "Lelaki baik untuk wanita yang baik ". Solusinya satu, Kita perlu berusaha sebaik mungkin untuk jadi yang baik kerana pasangan kita jua adalah cerminan kita bukan? Kalaupun ada Allah beri pasangan yang berbeza tahap soleh dan solehahnya, siapalah kita menentukan jodoh mereka? Allah punya perincian tersendiri dalam menjodohkan mereka. Boleh jadi mereka adalah lelaki dan wanita yang baik dalam tarbiyyah ALLAH sepanjang pernikahan. Ada jalan-jalan Hijrah yang Allah telah aturkan. Kita tidak pernah tahu bukan? Jadi tidak harus untuk kita menilai penentuan jodoh Allah pada hamba-hambaNYA yang lain.

Tujuan saya di sini bukanlah ingin bercerita soal jodoh sangat tapi itu hanya mukaddimah. 14hb hari tu adalah tarikh hari jadi Papa yang ke 62. Kenapa Dia yang saya mentionkan di sini? Kerana dia juga adalah lelaki yang bertanggungjawab menjaga kehormatan dan maruah saya sepanjang hidup saya selama ini. Dulu dalam fikiran kurang matang tidak dapat saya tafsirkan segala yang dia suruh dan lakukan buat saya, salah seorang anak perempuannya. tapi kini, saya cukup faham dan mengerti mengapa Allah mentakdirkan dia atau seorang ayah itu penanggung dosa isteri dan anak-anaknya. dalam lebih separa dekad menjadi anaknya, saya sedar dia sedayanya menjadi bapa yang terbaik buat kami. dalam hal menjaga maruah saya misalnya,

"Kamu dah dewasa, dah tanggung dosa kamu sendiri. Papa dan Mama hanya beritahu dan ingatkan. Dosa kamu dah tanggung sendiri tau"- Bila dia tahu anak perempuanya ini dah baligh. Biasalah. Saya bagitahu mama, Mama bagitau papa. =)

"Kamu pakai tudung besar dan labuh macam kakak kamu Saadah tu baru cantik dan bagus'- Dulu sewaktu dia tengok saya mencari kain untuk dibuat tudung. Kakak yang menjahit. Dua org abang dan Kakak di atas saya bersekolah di sekolah agama manakala saya bersekolah menengah Kebangsaan biasa.  Lama-lama saya terdidik sendiri untuk menjaga tudung agar tetap dalam landasan agamaNYA. InsyaALLAH, Moga Allah istiqamahkan saya.

                                           

'Lelaki ni, Kalau tak cuba untuk sentuh perempuan tu walau sikitpun, maka dia lelaki baik. Kalau keluar dengannya dan dia tak tunggu kita mengingatkan dia solat, tapi dia yang ajak dahulu, maka dia juga lelaki yang baik ' -dari Hati lelaki untuk lelaki yang bakal memiliki anaknya. Alhamdulillah. Pesan ini saya pegang hingga saat ini. ini jugak yang saya selalu kongsikan pada sahabat-sahabat terdekat. Hanya panduan, tapi Allah jualah yang lebih jelas dan nyata panduanNya.

Mungkin Foto ni tajde kaitan sikit tapi masih boleh jadi panduan

                                                  
Jika ada kesalahan saya (maklumlah anak dia ni kecik-kecik dulu nakal gak), dengan berhemahnya dia sampaikan pada adik saya Nurul jannah (yang paling rapat dengan saya), supaya membetulkan tingkah laku saya. Dan adik saya itu akan jumpa saya secara peribadi dan menyampaikan pesan. Mungkin adik saya pun lupa akan hal ni dulu tapi saya ingat lagi =)


Begitu juga dulu dalam darah muda saya banyak memberontak juga. Remaja kan. =) tapi dia guna pendekatan bila dia bersama saya sahaja dia akan menegur dan membetulkan kesilapan saya. Bila saya dan dia berdua aja dia akan menegur. Marah sangat tu tidak tapi ada syarahan panjang yang bakal dia sampaikan. Tapi tetap penuh dengan nasihat berhemah. Selalunya mama yang sampaikan salah laku anak-anak pada papa kemudian papa akan jalankan tugasnya membetulkan kesilapan anaknya ini. Rukunnya mereka =)


Setiap kali keluar rumah dialah yang selalu menjadi rujukan saya samada pakaian itu direstuinya atau tidak. Bila dia mengizinkan dan tak kata apa-apa maka oklah bagi saya. Jika tidak pasti ada teguran. Terima Kasih Allah atas kurniaan seorang lelaki yang membantu menjaga maruah saya sepanjang hidup saya selama ini.


Ada lagi. Tiap kali nak berjemaah dengannya dia pasti toleh belakang dan memeriksa pakaian solat kami. paling ketara dia pastikan bawah dagu kami tertutup , hanya muka yang kelihatan. dan keduanya adalah dia pastikan jarak tiga jari dari atas telekung di dahi kami. Dialah lelaki penjaga maruah saya selama ini. 

Inilah yang dia pastikan selalu

 
Paling menyentuh hati saya, waktu menolong dia mengangkut pasir untuk pengubahsuaian kecil toilet bahagian belakang rumah kami dulu. Saya memang biasa disuruh emak membantu papa dalam kerja sedikit berat sebegini. Dari sekolah dulu saya dah biasa bantu papa buat bilik pengantin waktu abang sulung nak  kahwin. Lori Pasir hanya mencurahkan pasir di kawasan depan rumah kami. Jadi pasir-pasir itu perlu diangkut ke belakang sebelum dibancuh simen. Depan rumah saya ada traffic light di mana bila orang berhenti sahaja pada isyarat merah pasti mereka menoleh ke arah rumah saya dan memerhatikan aktiviti2 kami. Jadi sebagai seorang perempuan adalah tidak betah untuk saya menyungkil pasir dan dimuatkan dalam kereta tolak untuk dibawa ke belakang. Saya juga rasa tidak selesa diperhatikan dari belakang. Dan seakan tahu perasaan anak perwmpuannya ini, lalu Papa berkata:


'Najiah Pegi tolong kat belakang aja, biar papa yang angkut dari depan'. Dia tahu niat saya ingin membantu tapi tugas sebegitu tidak manis untuk saya, anak perempuannya yang sudah dewasa. Lalu saya bersyukur dan sentiasa ingat akan kisah ini. Alhamdulillah rupanya hari ini masanya untuk saya bercerita akan hal ini. Terima kasih Allah.
Bukan Gambar sebenar untuk kisah saya di atas. Tapi kalau perempuan yang lakukan sebegini, agak tidak manis diperhatikan orang ramai di belakang, kan.
                                                


Bukan saya berniat apa, bersempena dengan kisah Kak Dina yang saya baca dan bersempena dengan Harijadi Papa yang ke 62, Mungkin ini salah satu hadiah untuk dia. Tak tahulah dia akan membaca ini atau tidak tapi sekurangnya saya juga ada cerita akan seseorang yang juga menjaga maruah saya dari dulu hingga kini. Sebelum saya diambil nyawa oleh Ilahi, kalaupun tiada kebaikan seseorang bergelar 'suami' lagi  untuk saya khabarkan pada  yang lain, tapi kebaikan lelaki terbaik dalam hidup inilah yang saya ingin sampaikan pada semua. Bagi saya, mungkin ayat di bawah ini yang sentiasa dipegang dalam hatinya:

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

 
Dan andai ada nanti yang bakal meneruskan tugas dia, harapan saya juga adalah sama seperti yang Papa lakukan pada saya sekian lama. Apa yang suami kak Wardina lakukan untuk isterinya. Dan saya yakin perempuan-perempuan di luar sana juga mengharapkan yang sama.Sama seperti harapan mereka apabila membaca cerita Kak Wardina.

InsyaALLAH. Ada lelaki sedemikian rupa.

Pixel pernah berpesan pada saya dalam banyak kali di akhir mesejnya : Jaga Maruah Diri, Jaga Kehormatan
Tidak pernah saya menerima pesan sedemikian rupa. Mungkin pada kita lelaki sebegitu sudah pupus atau tiada lagi di dunia.Rupanya masih ada. Ya saya percaya. memang masih ada. Alhamdulillah...

                              


Nilah Hero sejati saya. Bukan yang kat belakang.=)