Thursday, November 10, 2011

Kisah kita sama, pada jalan berbeza

                                              

Assalamualaikum. Salam kebahagiaan penuh ketenangan. Moga berada dalam ketenangan dalam aroma zulhijjah yang indah ni. Aroma pengorbanan . Aroma kasih sayang pada Allah, Rasulullah S.A.W (Selawat jangan tak selawat), keluarga, sahabat-sahabat kita dan umat islam yang lain. Ingatan untuk diri saya sendiri juga. Jangan kita hayati pengorbanan sekadar dengan tumbangnya haiwan lembu, kerbau dan kambing semata. Pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail A.S kita hayati dengan keimanan dan ketaqwaan. Pengorbanan sebaiknya untuk nafsu dan nafsi kita adalah Niat, Usaha melakukan dan seterusnya melaksanakan Amal Maruf Nahi Munkar. Peganglah perinsip ini untuk diri walau dalam sekecil-kecil zarah sekali pun tindakan kita, insyaAllah... pengorbanan itu akan dibalas sebaiknya dengan ketenangan dan kebahagiaan tiap perjalanan.
 
                                                

itu sekadar mukaddimah besempena Aidiladha yang kita sambut lepas. Alhamdulillah sy berpeluang pulang 4 hari ke rumah bertemu keluarga tercinta. nikmatnya hanya Allah sahaja yang tahu. Dapat melihat Kasih sayang Allah titipkan antara mama dan papa. Mama kepada kami. dan papa kepada kami. Allah sungguh saya syukur dengan semua ini.

Dalam kegembiraan menyambut Aidiladha dengan keluarga, saya tak putus-putus juga didatangi soalan-soalan cepumas. Al maklumlah usia sekarang. kerja pun dah ada. nak- nak Papa.. kalau kat tempat kerja beberapa kakak-kakak yang saya selalu keluar makan bersama pun asyik bertalu-talu bertanya bilakah masanya? Allah.... kadang-kadang soalan mereka yang sama saya jawab dengan jawapan yang sama.=)

Cincin ada satu. Saya pun masih satu  =)
                                                                  
 "Bila lagi masanya?"

"Dah ada calon ke belum?"

"Nak yang macam mana?"
.............................................................................................................

"Calon masih di tangan Allah kak, belum sampai ke pengetahuan saya"

"InsyaALLAH, Bila Allah kata ye pada waktu dan keadaan yg sepatutnya itu, adalah kak"

"Kalau tak jumpa sapa-sapa Papa carikanlah...." =)

Kelakar dan kadang-kadang Kelu lidah nak menjawab jugaklah. Tak sangka saya dah sampai ke peringkat umur ditanya soal teman hidup. Bak kata kakak, dia dah rasai dulu. kena pandai- pandai hadapi. jangan stresskan diri. Alhamdulillah saya tak stress. Saya yakin Allah dah takdirkan seseorang buat saya, cuma masa, ketika dan keadaan yang benar itu belum muncul.

Seperti kata- kata orang lain juga sebelum ni, Soal jodoh ini bukan kerja senang. Bukan kerja memilih ikan di pasar dan bukan kerja sekadar cukup ada yang mencintai dan dicintai. Tidak, tidak begitu duhai wengers.

Saya tahu papa nak ada seseorang yang menjaga anak permpuannya ini. saya tahu papa risau saya keseorangan menghadapi hidup di bandaraya besar ni. Saya tahu Papa nak ada orang yang menemani saya pergi dan balik kampung yang memakan masa yang lama.. dan Saya tahu, saya tahu, saya tahu... =)

Saya juga ada yang saya mahu Papa... bukan tak mahu.
Saya mahu dia yang menginginkan saya kerana agama, bukan rupa.
Saya mahu dia menghormati ibu bapa saya selamanya, bukan sementara dapat memiliki saya.Begitu juga saya Pa..
Saya mahu dia dapat jadi pemimpin yang baik untuk saya dan zuriat-zuriat kami kesyurgaNYA.
Saya mahu dia dapat jadi pengukuh jambatan kami ke syurga...
Saya mahu dia yang sederhana sahaja, bukan berlebih-lebih. Tidaklah terlalu kurang juga..
Saya mahu dia pelengkap segala kelemahan saya dan tidak berasa lemah dengan kelemahan saya itu...(Terutama kelemahan saya yang Papa selalu ingatkan tu...  )

TERLALU BANYAK YANG SAYA INGINKAN, KAN?

Mungkin kerana itu Allah tak beri lagi seseorang yg boleh menjaga saya nanti..Ada yang Allah nak saya siapkan supaya Dia beri apa yang saya mahu..Belum lagi, bukan tak ada. InsyaALLAH ada..

Allah juga Mahu saya penuhkan diri dengan ilmu dan keimanan untuk menghadapi hidup lebih bertambah ujian di alam pernikahan nanti (pernikahan bukan sejadar kebahagiaan, tapi juga menguji pasang surutnya iman)

Allah juga mahu saya terus lihat alam dan keadaan supaya tidak terjadi suatu yg buruk sama dengan pernikahan lain di akhir zaman ini( kecurangan, kezaliman suami isteri, penderhakaan anak-anak, apatah lagi perceraian, ) Na'uzubillaahi min zalik.

                                       


Si dia yang mungkin Allah telah takdirkan buat saya juga mungkin sedang mengalami perkara yang sama dengan saya, tetapi dia juga mungkin sedang mempersiapkan diri sebaik mungkin dari segala segi;keimanan dan ketaqwaan.

Bukanlah saya mahu dia ahli ibadah yang extremist hingga lupa mentadbir dunia. Saya inginkan dia yang takut pada Allah, Kasih pada NabiNYA dan sayang pada sesama saudara. Simple, dan sederhana. Tapi itulah yang sukar dicari kini bukan. Jadi kerana itu belum lagi ada jodoh saya dietemukan. =)

Bak kata saya pada yang lain yang juga belum bertemu jodoh;-

"Biar lambat asal berkat"... =)

Pernikahan sekarang ini bukan sekadar mengelak zina. pernikahan adalah satu jalan kita mempersiapkan diri sebaik mungkin menghadapi PENCIPTA. Jika tersilap kita memilih, boleh jadi jalannya nanti tak mampu kita alih, kesukaran pun kita hadapi dengan pelbagai dalih, ujian kecil pun mungkin kita kata tak boleh. Jadi sebab itu saya hanya berdoa saya dan pasangan saya (yang saya sendiri tak tahu siapa orangnya), agar dapat kami bersabar menanti dan mempersiapkan diri sebaik mungkin untuk saat dan keadaan yang benar itu nanti. Moga perjalan ke arah pernikahan, sepanjang majlis pernikahan dan selepas majlis iaitu jalan yang lebih panjang (alam rumah tangga) diiringi keimanan dan ketaqwaan hendaknya.

Jaga hati kami Ya Allah agar kami tidak letakkan hati kami pada jalan yang salah, orang yang salah dan cara yang salah dalam mendirikan Baitul Muslim

Pada Allah saya berserah. InsyaAllah Ada. Jika tidak ada, pasti ada di akhirat sana, selagi kita menjadi yang hambaNYA yang Solehah . Saya masih membaiki diri, mungkin kerana itu Allah belum sampaikan waktu itu. Belum cukup solehah untuk yang di dunia, apa lagi di akhirat sana kan...

Nota: Bagi yang dikejar persoalan sama, jangan stress-stress. Hadapi dengan senyuman dan penuh pengharapan pada Tuhan. =)

Untuk papa: Allah mungkin nak tunjuk yang saya masih belum cukup jadi anak papa yang baik, sebelum jadi isteri yang baik =)



No comments:

Post a Comment