Monday, September 13, 2010

Jemput pisang, sate 4cucuk, keropok lekor 3ringgit, ayam goring…DIALAH SAHAJA YANG SATU…

Aku dah lame tak menulis.. . salam syawal penuh kebahagiaan di hari yang ALLAH kurniakan buat hambaNYA yg ikhlas beriman padaNya… hari kembalinya secara fitrah kita ini…moga fitrah itu kekal tanpa noda dan dosa, hingga kita berjumpa di syawal seterusnya… andai masih kita x sempurna sbagai hambaNYA, pintu taubat yg DIA sediakan masih valid sebelum terlambat , bila tiba hari akhirat…..

Pelik kan tajuk entry ni? Tapi tu lah fenomena yg aku lihat dan rasai…bukan apa sbenanrnya…entry ni aku tuju khas buat yang satu di hati ini dan adik beradik ku yang lain..yang satu juga di hati Papa…Pn. Ramlah Hj.Said… Ibunda… yang xpernah lelah menumpahkan kasih saying buat kami sekeluarga…biar bagaimana pun kami, biar siapa pun kami… biar apa pun pandangan yg lain pada kami…kami, Khairil ashram, Zulmajdi, Nor saadah, Noor Najiah, Nor Aisyah, dan Nurul jannah, tetap dikasihimu…tetap dikau sayangi dalam setiap nafasmu….sungguh dalm doa kami, moga Syurgalah tempatmu Mama…syurga kami tetap di tapak kaki mama…

Semua pasti lahir dari perut seorang ibu… walau siapa pun dia, yang pastinya, dia tetap seorang ibu… kalo mengikut puisi usman awang, andai seorang jutawan, perdana menteri, doktor, pensyarah, peguam, kontraktor, atau sesuapa pun Berjaya di muka bumi ni,semua asalnya mesti dari hasil didikan seorang guru …tapi semua guru di dunia, pasti lahirnya tetap dari seorang ibu… walau siapa pun yang kita jumpa selepas itu untuk kita sandarkan kasih kita padanya selepas itu, takkan sama nilainya dengan apa yang sepatutnya kita bagi pada seorang ibu….. begitulah betapa lebih tinggi seorang ibu itu pangkatnya….Ya ALLAH, moga kasihku pada manusia yang lain tidak membatasi kasihku padaMU, Rasul dan kedua ibu bapaku…

Aku bukan apa, kali ni lepas abis pengajian, lama juga dpt berada di rumah… dapt nikmati puasa spnuhnya di rumah tahun ni… Alhamdulillah…aku syukur dengan tiap nikmat Allah…Alhamdulillah, mama sihat sehingga hari ini smpai kami masih dpt merasakan kasih dia smpai saat ini ya Allah…

Aku terdetik nk menulis ni setelah persitiwa pagi tadi… adik pegi beli brg di jerteh, tapi bile pulang, dia bwk balik sebungkus keropok lekor goreng , bagi aku…suruh makan…katanya mama suruh belikan untuk aku…smalam ke terngganu, singgah nk belik kat tempat sedap tu, tp habis…aku duk sedih xdpt makan keropok lekor lagi balik ni…n pagi tadi…aku dapt mkn yang adik beli di nyiur 7…aku makan dalam nada sebak dan terharu.. terasa tiap kasih ibuku yang tak pernah berhenti cuba membahagiakan anaknya…

Jika ditelah, memang nila keropok itu sedikit,aku juga sdah terlupa akan keinginan aku nak mkn keropok tu pagi td… tp ingatan seorang ibu pada anaknya....Allahuakbar..Allahuakbar… kau berikanlah peluang aku membahagiakan ibuku lagi ya Allah… berikan kami adik beradik lebih lagi peluang untuk dapat membahagiakan dia lebih dari dia membahagiakan kami … kurniakanlah dia SyurgaMU Ya Allah…

Jemput pisang? Tu yang adik aku Aisyah ingin2kan sjak dari bulan puasa bila dia duk asrama… hari tu dia balik mama dah nak buat tapi pisang yang boleh guna untuk wat jemput2 tak ada… hari ni, wlaupun pisang untuk jemput2 tetap takde, mama tetap goreng jemput pisang dengan pisang yg ada…demi kasihnya pada anak….selagi itu janji dia, dia akan tunaikan…Oh ibunda…betapa besar kasihmu…biarkan kami dapat rasakannya selalu..

Sate 4 cucuk? Rasa tak cukup kalo difikirkan kan..tapi itulah juga tanda ingatan mama aku pada kakak aku, nor saadah…makan pagi 2 hari lepas bakar2 sate lg… wat makan pagi…ada abg zul baru balik raya… mama simpan untuk kakdah sbb tau kak dah akan pulang hari tu… walau kakdah smpai lewat petang, mama tetap persembahkan sate itu untuk kak dah sejurus kak dah smpai ke dapur… aku tgk kak dah makan depan aku… Ya Allah, ini lagi nikmat kasih ibu…indahnya pandangan itu… aku sendiri rasa nikmat bila tengok kak dah makan…

Ayam goreeeeennggg(baca dengan tonasi upin dan ipin ye)- adik aku sgt suka makan ayam .nak2 ayam goring..sape lagi kalo bukan adik bongsu bertuan nurul jannah… =) huhu…hari tu aku, papa mama makan tgahari kat kenduri yang kami hadiri masing2…tinggal adik aku duk rumah…mak aku suruh masak sendiri kalo lapar…tapi balik2 hanya nasi yg di masak…takde lauk…dan ibuku akhirnya menggorengkan ayam Untuk santapan anaknya yang masih belum makan…juga demi kasih seorang ibu kepada anaknya...selagi die mampu dan terdaya, tetap dia x melepaskan tugasnya… kasihnya mengalir dalam tiap bebandan tugasan yang dipikulnya dari dulu hingga kini…walau dia tidak mempersembahkan dengan peluk cium dan belaian manja, tapi itulah kasihnya pada kami selama ini… walau mulutnya tetap berbunyi dengan nasihat dan tunjuk ajar yang kita fikir merimaskan, tapi hati dan anggotanya tetap dia dedikasikan untuk kita.. anak2 dia…harta dia di dunia…Moga kita dapat menempatkan die di syurga, di akhirat ni…Amiin ya Rabb…InsyaAllah

*ini hanya sebahagian kisah ingatan dan kasih sayang mamaku, Pn Ramlah bt hj Said buat anak2 dia…terlalu banyak lagi kisah kasihnya yang melimpah ruah buat kami… aku juga takkan lupa ingatan mama pada keinginan aku untuk makan laksam waktu b4 dapat keputusan SPM dulu…tapi selalu habis bila nak beli…bila aku bawa pulang keputusan exam, mama persembahkan laksam tu buat aku… dia kate die belikan awal2 lagi untuk aku…nikmatnya makanan itu pada waktu itu, ALLAh sahaja yang tahu…Ayah x akan lupa Mama….. Mama, redhailah anakmu..saya sayangkan Mama dalam setiap darah yang mengalir dalam tubuh ini, dalam setiap hela nafas ayah di bumi ALLAh ini…dalam setiap Degup jantungku yang Allah pinjamkan seketika ini…