Monday, October 1, 2012

SEBUAH PERTEMUAN





Di ofis… dengar lagu sebuah pertemuan. Kemudian diulang-ulang lagi… lantas capai fon. Text seseorang yang jauh nun di sana:

Saya: Aku tujukan lagu Sebuah pertemuan, UNIC untuk kau…

Dia: huhu tenkiu2. Bgla skali kek secret recipe ke.haha

Saya: chehh.. jauh.

Dia: hoho

Saya: Aku rindukan pertemuan kita (lagu masih berkumandang)…

Sekaligus juga air mata mengalir laju . mencurah kerinduan… Ya Allah saya terlalu rindukan dia rupanya..Kali terakhir bersuanya November tahun lalu. Dan selepas itu tiada lagi bertemu mata. Namun sejak dari itu hanya telefon menjadi penghubung saya dan dia. Dia sekarang berada jauh nun di sana di Negeri Sabah di bawah bayu.

Sudah hampir 5tahun rasanya pekenalan saya dan dia. Alhamdulillah.. Dia yg saya impikan sejak mula2 dengar lagu nyanyian UNIC ni waktu di Matrik UIA 6-7 tahun dulu… waktu tu ada majlis yang mengumpulkan semua penghuni mahallah Aisyah. Program beberapa hari tu menuntut kami menghafal dan menyanyikan lagu ni .. Satu-satunya lagu UNIC yg saya suka sebelum tu sejak sekolah Menengah adalah lagu Ainul Mardhiah. Jadi saya kekok menyanyikan lagu tu mula2. Setelah diulang2 setiap kali awal dan akhir majlis akhirnya saya berjaya menghafal dan paling indah sy berjaya menghayatinya. Lagu itu mengingatkan saya pada satu cerita dari buku yang saya baca waktu kecil dulu. Waktu tu di rumah guru mengaji. Rumah Abi(Kami panggil Abi jugak seperti anak2nya). Sy lupa tajuk atau sumber buku itu tapi sy cukup ingat jalan ceritanya. Kisah dua sahabat yang dihisab kemudiannya salah seorang dibawa ke syurga dan seorang lagi ke neraka atas amalan masing. Sahabat di neraka cukup kesal atas amalannya selama ini yg telah mendorongnya ke neraka, sedangkan semuanya telah terlambat. Sahabat yg di syurga itu tidak gembira di syurga. Bila ditanya kenapa , katanya dia tercari-cari sahabatnya. Maka malaikat kata sahabatnya di neraka, disiksa di sana. Terkejut mendengarnya, sahabat yg baik ini menangis dan mengharapkan dapat berjumpa sahabatnya itu lagi. Malaikat berkata sahabatnya itu tidak boleh dikeluarkan lagi. Maka lelaki itu memohon agar dirinya yg dimasukkan ke neraka supaya tetap dia bersama dengan sahabatnya itu. Allah tahu akan hal itu. Maha suci Allah akhirnya dengan keihlasan dia bersahabat Allah mengurniakan privilege kepada lelaki itu dengan mengizinkan sahabatnya yang di neraka masuk ke syurga bersama lelaki baik itu. Sapa2 yang membaca dan tahu seumber kisah ini sy mohon share sumbernya…=)

Itulah kisah yang membuatkan saya bercita-cita mencari sahabat dan teman yang boleh membantu menuntun jalan saya ke syurga. Bukan neraka. Dan bila lebih dewasa, Lagu sebuah pertemuan menguatkan lagi azam saya. Liriknya terkesan di hati , mengimpikan sahabat yang tak membiarkan saya dalam kesesatan, kejahilan mahupan kehilafan. Sahabat yang tak putus asa mengheret dan mengajak saya ke jalan ALLAH dan kebaikan. AMIN. Saya ingat, di Dewan Al Malik Faisal itu saya bertekad….


Ketika diri mencari sinar

Secebis cahaya menerangi laluan

Ada kalanya langkahku tersasar

Tersungkur di lembah kegelapan ..



Bagaikan terdengar bisikan rindu

Mengalun kalimah menyapa keinsafan

Kehadiranmu menyentuh kalbu

Menyalakan obor pengharapan..


Sepanjang 2 tahun di matrik, tak pernah saya kenal dan terserempak dengannya. Dan kemudian atas restu Allah yang mengizinkan sebuah pertemuan, saya dan dia ditemukan oleh rakan-rakan yang lain sewaktu kami berada di kampus UIA Kuantan. Pertemuan pertama sewaktu makan malam bersama ayu dan Su, Dan pertemuan kedua sewaktu perkongsian perniagaan waktu festival U. Dia menjual baju dan saya menjual coklat. Dari situ bermula cerita tentang kami. Alhamdulillah perhubungan kami berkembang dari waktu ke waktu. Paling akrab di tahun 3 dan tahun akhir. Lebih banyak masa diluangkan bersama, lebih banyak ilmu dikongsikan bersama, dan lebih bnyak program kami hadiri bersama. Dan program kemuncaknya adalah: Kursus baitul Muslim A.K.A Kursus nikah.=) Tapi kami sama2 tak ada calonnya waktu itu, pergi dengan niat menimba ilmu bersama-sama. Alhamdulillah lulus ujian =)

Dan hingga hari ini, dia masih peneman yang setia, walau jauh mana jarak kami berada. Susah saya dia juga selalu ada. Kami menerima baik buruk, lebih kurang masing-masing.Walau jarak dan waktu memisahkan, kami cuba sedaya upaya mencari peluang untuk bersama. Sekurangnya bercakap di telefon pun cukup. Alhamdulillah, banyak tarbiyah diri yang kami bina bersama-sama. Banyak muhasabah yang dia kongsikan pada saya. Saat masing-masing tak punya kejituan dalam memilih dan menyelesaikan, kami sentiasa berbincang demi sebuah kepastian. Dia orang yg paling kenal, dekat dan tahu tentang hati saya. Saat sy gelisah dia ada menghilangkan resah, saat saya buntu dia hulurkan tangan tanda membantu, saat saya hiba dia masih ada menyeka air mata .

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu

Damainya hati

Yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan

Mengharum dalam harapan

Moga kan kesampaian kepada Tuhan

Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Yeke? Sebenarnya sy xpernah pun menangis dengan dia kerana persahabatan kami kebanyakannya berlalu ceria. Tapi suatu hari di majlis perkahwinanya, saya mengalirkan air mata. Saya tak mampu mengelaknya tapi masih berusaha menyeka. Pertama kali. Sy pastikan air mata sy tiada bila mendekatinya. Lantas berpesan pd zul suaminya “Jaga Nur baik2 Zul ye…”Waktu ini sebak masih mengiringi kata-kata rupanya. Tapi sy sorokkan juga air mata. Sy tahu suaminya itu yg terbaik telah Allah takdirkan buatnya. Sudah pasti dia menjaga sahabat sy itu sebaiknya. Alhamdulillah, detik hati saya Allah kabulkan. Pernah di hati saya terlintas “Nur, Kau baik… Lelaki baiklah untukmu”. Alhamdulillah, mendengar dia kini bahagia sy sedar kebahagiaan itu puncanya dari kebaikan dan solehahnya dia selama ini. Maka benar kalam Allah. Saya harap dia tahu betapa saya bahagia melihatnya bahagia, juga bahagia mengakui Janji Allah pada hambaNYA.


Dan hingga kini walau sekecil suka duka yang saya lalui,  dialah yang paling mengenal hati ni. Sepanjang persahabatan, Iman dan taqwa sentiasa menjadi peringatan, mengingatkan agar kami sama2 tabah menghadapi ujian dunia. Akhirat sentiasa menjadi cita-cita untuk bermulanya kebaikan tanpa putus. Ya Allah peliharalah lagi persahabatan kami hingga hujung nyawa. Hingga akhirat, hingga syurga. Jadikan syurga satu-satunya destinasi kami di akhirat, bersama. Jadikan cinta kami kepadaMU mengiringi cinta persahabatan kami. Rahmati kami dalam Iman dan taqwa kami kepadamu. Tunjukkan kami jalan yang benar dalam bersahabat demiMU. Bila makin kuat cinta kami, moga diatasnya kami junjung agung cintaMU ya ALLAH… Redhakan persahabatan kami…

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya

Tika diri dalam kebuntuan



Betapa aku menghargai

Kejujuran yang kau beri

Mengajarku mengenal erti

Cinta hakiki yang abadi



Tiada yang menjadi impian

Selain rahmat kasih-Mu Tuhan

Yang terbias pada ketulusan

Sekeping hati seorang insan

Bernama teman



Sahabatku Nur Shuhaidah… Bersahabat hingga Syurga!