Tuesday, January 17, 2012

Dunia Alam sana

Sekarang ini dalam industri hiburan, secara pesatnya pengusaha-pengusaha filem drama dan telemovie tempatan membikin produk berunsur mistik, hantu dan seram. Saya berpegang bahawa memang ada syaitan sebagai salah satu hamba Allah yang telah diciptakannya. Namun melihat kisah-kisah hantu dan cereka seram yang semakin banyak muncul di layar hiburan sekarang menyebabkan saya terfikir panjang. Walaupun saya bukanlah seorang ibu lagi tetapi saya pernah mendidik anak-anak di peringkat pra sekolah dulu. Dan saya tahu dan mengerti di peringkat ini mereka lebih mudah terpengaruh secara visual dan pendengaran. ilmu secara akademik bagi mereka adalah dari pancaindera mereka. ilmu ini lebih mudah mereka fahami.

Persoalan saya adalah, Tayangan-tayangan cerita hantu dan seram di tv kebanyakannya sekarang mementingkan pulangan komersial melebihi pulangan pengajaran dan tauladan. Tak mustahil juga mampu menggoyah tapak akidah dan iman yang kukuh di hati anak-anak zaman sekarang. Secara komersialnya mungkin payah untuk kita menyekat pengusaha industri hiburan dari terus mengaut untung untuk program-program sebegini. Akan tetapi, dari sisi yang lain saya ingin menganjurkan pada semua ibu bapa agar memantau dan mengawal tahap tontonan anak-anak terhadap hiburan-hiburan seram ini lebih-lebih lagi dalam menonjolkan kuasa imam dan lebai menghalau hantu. hanya pendapat saya. Tindakan dan perklaksanaannya terpulang pada kita.



Kisah hantu dan mistik yang ditayangkan skarang sudah makin berleluasa menerapkan kuasa "ustaz", "imam" atau "lebai" lebih dari penerapan kuasa Allah dan Ayat-ayatNYA.. Penonton disogok dengan ritual-ritual komersial berbanding penetapan akidah dan akhlak yang perlu ditonjolkan lebih lagi. Ibu bapa patut mengawal anak-anak menonton rancangan sebegini sekarang..




"Orang baik, Hantu pun takut dekat" - rasanya kalau anak-anak disogok dengan kata-kata begini mereka ada fundamental yang baik di dalam fikiran mereka dan akan terhad sedikit untuk menjadi nakal. Akhlak lebih terjaga. tapi bukan SEMUA ya maksud saya. Hanya saranan dan satu usaha =)

                      
Rezeki itu bukan Allah beri dalam bentuk wang semata-mata... Keimanan, ketaqwaan dan ketenangan mengahadapi hidup jua rezeki.. Kelakuan bebas dari dosa, sentiasa mencintai pahala, juga adalah rezki. Rezeki hanya dari Allah. Jika bukan dia yg memberikan semua punca kebaikan, siapalah kita. Hanya Hamba yang tak punya apa-apa. Hanya jasmani dan rohani yang kosong sahaja..



 
ikhlas dari hati.
 

Kekuatan Allah Mengatasi Segalanya

Allah itu lebih menguatkan daripada segala yang melemahkan kita. Percayalah. Dialah punca segala kekuatan. Hanya mohon padaNYA. Dia takkan pernah kedekut meminjamkan kekuatan selagi kita meminta dengan jalan baik dan sabar


                            

Jangan Pernah berhenti berdoa. Percuma, tiada bayaran dikenakan. setiap masa pun kita boleh lakukannya bukan? Adalah lebih baik kita bersungguh-sungguh dalam doa kita. khusyuk, dan yang penting yakin bahawa Allah pasti menunaikannya , hanya masa dan ketikanya sahaja kita tidak pasti. Untuk memastikannya lagi, berdoalah lagi tanpa henti. =)

Sunday, January 15, 2012

Kehormatan Kita

“Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya

Itulah bait kata-kata penuh makna Kak Wardina Safiyyah di  blog  luahan hatinya. Dia menceritakan bagaimana suaminya menjaga kehormatan dan maruahnya agar tidak dilihat sang perompak yang memecah masuk rumah mereka. Rata-rata wanita di fb berkongsi perasaan kagum dan keinginan mereka untuk mendapat suami sebaik  Bro.Ikhwan pada Kak Dina. Alhamdulillah. Jangan putus asa, pasti ada lelaki sebaik itu untuk kita, yang ditakdirkan ALLAH untuk menjaga maruah kita. Yang bakal kita lengkapkan tulang rusuknya nanti. Jadi pada saya tidak sepatutnya kita meletakkan kekaguman yang terlampau batas atas seorang manusia yang memang diperintahkan Allah untuk berbuat begitu. Alhamdulillah Kak Dina dikurniakan lelaki yang menjalankan perintah Allah sebaiknya selagi terdaya kan.

Kita juga boleh memiliki lelaki sebegitu selagi mana kita juga adalah hambaNYA yang melaksanakan suruhanNYA sebaik mungkin. Kerana itulah pesan Allah dalam suratNYA- "Lelaki baik untuk wanita yang baik ". Solusinya satu, Kita perlu berusaha sebaik mungkin untuk jadi yang baik kerana pasangan kita jua adalah cerminan kita bukan? Kalaupun ada Allah beri pasangan yang berbeza tahap soleh dan solehahnya, siapalah kita menentukan jodoh mereka? Allah punya perincian tersendiri dalam menjodohkan mereka. Boleh jadi mereka adalah lelaki dan wanita yang baik dalam tarbiyyah ALLAH sepanjang pernikahan. Ada jalan-jalan Hijrah yang Allah telah aturkan. Kita tidak pernah tahu bukan? Jadi tidak harus untuk kita menilai penentuan jodoh Allah pada hamba-hambaNYA yang lain.

Tujuan saya di sini bukanlah ingin bercerita soal jodoh sangat tapi itu hanya mukaddimah. 14hb hari tu adalah tarikh hari jadi Papa yang ke 62. Kenapa Dia yang saya mentionkan di sini? Kerana dia juga adalah lelaki yang bertanggungjawab menjaga kehormatan dan maruah saya sepanjang hidup saya selama ini. Dulu dalam fikiran kurang matang tidak dapat saya tafsirkan segala yang dia suruh dan lakukan buat saya, salah seorang anak perempuannya. tapi kini, saya cukup faham dan mengerti mengapa Allah mentakdirkan dia atau seorang ayah itu penanggung dosa isteri dan anak-anaknya. dalam lebih separa dekad menjadi anaknya, saya sedar dia sedayanya menjadi bapa yang terbaik buat kami. dalam hal menjaga maruah saya misalnya,

"Kamu dah dewasa, dah tanggung dosa kamu sendiri. Papa dan Mama hanya beritahu dan ingatkan. Dosa kamu dah tanggung sendiri tau"- Bila dia tahu anak perempuanya ini dah baligh. Biasalah. Saya bagitahu mama, Mama bagitau papa. =)

"Kamu pakai tudung besar dan labuh macam kakak kamu Saadah tu baru cantik dan bagus'- Dulu sewaktu dia tengok saya mencari kain untuk dibuat tudung. Kakak yang menjahit. Dua org abang dan Kakak di atas saya bersekolah di sekolah agama manakala saya bersekolah menengah Kebangsaan biasa.  Lama-lama saya terdidik sendiri untuk menjaga tudung agar tetap dalam landasan agamaNYA. InsyaALLAH, Moga Allah istiqamahkan saya.

                                           

'Lelaki ni, Kalau tak cuba untuk sentuh perempuan tu walau sikitpun, maka dia lelaki baik. Kalau keluar dengannya dan dia tak tunggu kita mengingatkan dia solat, tapi dia yang ajak dahulu, maka dia juga lelaki yang baik ' -dari Hati lelaki untuk lelaki yang bakal memiliki anaknya. Alhamdulillah. Pesan ini saya pegang hingga saat ini. ini jugak yang saya selalu kongsikan pada sahabat-sahabat terdekat. Hanya panduan, tapi Allah jualah yang lebih jelas dan nyata panduanNya.

Mungkin Foto ni tajde kaitan sikit tapi masih boleh jadi panduan

                                                  
Jika ada kesalahan saya (maklumlah anak dia ni kecik-kecik dulu nakal gak), dengan berhemahnya dia sampaikan pada adik saya Nurul jannah (yang paling rapat dengan saya), supaya membetulkan tingkah laku saya. Dan adik saya itu akan jumpa saya secara peribadi dan menyampaikan pesan. Mungkin adik saya pun lupa akan hal ni dulu tapi saya ingat lagi =)


Begitu juga dulu dalam darah muda saya banyak memberontak juga. Remaja kan. =) tapi dia guna pendekatan bila dia bersama saya sahaja dia akan menegur dan membetulkan kesilapan saya. Bila saya dan dia berdua aja dia akan menegur. Marah sangat tu tidak tapi ada syarahan panjang yang bakal dia sampaikan. Tapi tetap penuh dengan nasihat berhemah. Selalunya mama yang sampaikan salah laku anak-anak pada papa kemudian papa akan jalankan tugasnya membetulkan kesilapan anaknya ini. Rukunnya mereka =)


Setiap kali keluar rumah dialah yang selalu menjadi rujukan saya samada pakaian itu direstuinya atau tidak. Bila dia mengizinkan dan tak kata apa-apa maka oklah bagi saya. Jika tidak pasti ada teguran. Terima Kasih Allah atas kurniaan seorang lelaki yang membantu menjaga maruah saya sepanjang hidup saya selama ini.


Ada lagi. Tiap kali nak berjemaah dengannya dia pasti toleh belakang dan memeriksa pakaian solat kami. paling ketara dia pastikan bawah dagu kami tertutup , hanya muka yang kelihatan. dan keduanya adalah dia pastikan jarak tiga jari dari atas telekung di dahi kami. Dialah lelaki penjaga maruah saya selama ini. 

Inilah yang dia pastikan selalu

 
Paling menyentuh hati saya, waktu menolong dia mengangkut pasir untuk pengubahsuaian kecil toilet bahagian belakang rumah kami dulu. Saya memang biasa disuruh emak membantu papa dalam kerja sedikit berat sebegini. Dari sekolah dulu saya dah biasa bantu papa buat bilik pengantin waktu abang sulung nak  kahwin. Lori Pasir hanya mencurahkan pasir di kawasan depan rumah kami. Jadi pasir-pasir itu perlu diangkut ke belakang sebelum dibancuh simen. Depan rumah saya ada traffic light di mana bila orang berhenti sahaja pada isyarat merah pasti mereka menoleh ke arah rumah saya dan memerhatikan aktiviti2 kami. Jadi sebagai seorang perempuan adalah tidak betah untuk saya menyungkil pasir dan dimuatkan dalam kereta tolak untuk dibawa ke belakang. Saya juga rasa tidak selesa diperhatikan dari belakang. Dan seakan tahu perasaan anak perwmpuannya ini, lalu Papa berkata:


'Najiah Pegi tolong kat belakang aja, biar papa yang angkut dari depan'. Dia tahu niat saya ingin membantu tapi tugas sebegitu tidak manis untuk saya, anak perempuannya yang sudah dewasa. Lalu saya bersyukur dan sentiasa ingat akan kisah ini. Alhamdulillah rupanya hari ini masanya untuk saya bercerita akan hal ini. Terima kasih Allah.
Bukan Gambar sebenar untuk kisah saya di atas. Tapi kalau perempuan yang lakukan sebegini, agak tidak manis diperhatikan orang ramai di belakang, kan.
                                                


Bukan saya berniat apa, bersempena dengan kisah Kak Dina yang saya baca dan bersempena dengan Harijadi Papa yang ke 62, Mungkin ini salah satu hadiah untuk dia. Tak tahulah dia akan membaca ini atau tidak tapi sekurangnya saya juga ada cerita akan seseorang yang juga menjaga maruah saya dari dulu hingga kini. Sebelum saya diambil nyawa oleh Ilahi, kalaupun tiada kebaikan seseorang bergelar 'suami' lagi  untuk saya khabarkan pada  yang lain, tapi kebaikan lelaki terbaik dalam hidup inilah yang saya ingin sampaikan pada semua. Bagi saya, mungkin ayat di bawah ini yang sentiasa dipegang dalam hatinya:

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

 
Dan andai ada nanti yang bakal meneruskan tugas dia, harapan saya juga adalah sama seperti yang Papa lakukan pada saya sekian lama. Apa yang suami kak Wardina lakukan untuk isterinya. Dan saya yakin perempuan-perempuan di luar sana juga mengharapkan yang sama.Sama seperti harapan mereka apabila membaca cerita Kak Wardina.

InsyaALLAH. Ada lelaki sedemikian rupa.

Pixel pernah berpesan pada saya dalam banyak kali di akhir mesejnya : Jaga Maruah Diri, Jaga Kehormatan
Tidak pernah saya menerima pesan sedemikian rupa. Mungkin pada kita lelaki sebegitu sudah pupus atau tiada lagi di dunia.Rupanya masih ada. Ya saya percaya. memang masih ada. Alhamdulillah...

                              


Nilah Hero sejati saya. Bukan yang kat belakang.=)

Moga Kita disebut-sebut oleh Allah

                                      

Nampak macam sukar untuk kita jadikan panduan Saidatina Fatimah di atas ini sebagai satu jalan hidup kan. Moga Allah permudahkan kita. Tak mustahil. Kerana saya sendiri sedar wanita-wanita solehah yang berkahwin dengan lelaki-lelaki soleh yang saya tahu, mereka tak pernah dikenali selama ini. namun Allah jualah yang memperkenalkan mereka kepada kita setelah usai ijab dan kabul. Allah itu yang menciptakan jalan dan panduan baik, kata-kata saidatina Fatimah di atas adalah perantara yang Allah sampaikan pada kita. Jika DIA beri jalan, pasti takmustahil untuk kita melaksanakan. InsyaALLAH.


Kita cuba sama-sama ya.


Bila kita perempuan berada di jalan yang betul, tak sukar untuk Allah permudahkan jalan ke Syurga yang tak tergambar indahnya itu. MasyaaAllah. Jom kita lihat Dalil janjiNYA yang pasti:

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)



                                             

Kita wanita...




“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadis riwayat Tirmidzi ).


Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda:






“Barang siapa menikah wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barang siapa menikah kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah kerendahan.






Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana inigin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri tersebut”

Senang kan panduan baik dari Allah? =) Para Lelaki moga usaha-usaha kamu menemukan pelengkap tulang rusukmu diberkati dan dipermudahkan.... Guna jalan Allah, Maka Allah yg akan memudahkan jalan kamu. InsyaALLAH. Biiznillah.





Tuesday, January 10, 2012

Hakikatnya Kita Tak Pernah Sempurna

Allahlah sahaja pemilik setinggi-tinggi ilmu, sekuat-kuat tenaga, sesulit-sulit rahsia. Jauhkanlah kita dari ujub dan takabbur. Sesungguhnya itu pembuka pintu-pintu syaitan. Bila pintu mula diketuk, dibuka dan didatanginya maka mulalah perang iman, taqwa bersama hasutan-hasutannya syaitan. Berjagalah kita. Sekali terasa riak, mohonlah perlindungan padaNYA agar iman kita dijaga dan dilindungi.


Jangan Pernah cukup untuk Beristighfar. Jika Nabi Allah S.A.W yang maksum itu beristighfar lebih 100x sehari, Siapalah kita ini tanpa istighfar yang cukup untuk menghadapiNYA kan. Sungguh saya rasa terlalu hina tanpa ada peluang beristighfar yang Allah izinkan di dunia ini...


Allah itu Maha baik. Jangan Pernah cukup untuk bersitighfar

                                                   
Dengarlah lagu Opick yang ni, dengan lagu-lagunya yang lain. Dari hati ke hati. Tq Pixel, perkenalkan saya dengan lagu-lagu dari dia. Moga awak aman di sana. amin.

Syukur dan Sabar

                


If you don't thank Allah for every smile, then you have no right to complain about every tear.

Syukur dan sabar itu sentiasa beriringan. Jika kita sabar dengan sesuatu ujian, kita pasti syukur dipilih Allah kerana kitalah yang mampu menghadapinya. Jika kita Syukur akan apa yang kita miliki dan rasai, Kita pasti bersabar menanti dan mempersiapkan diri sebaik mungkin untuk keadaan yang lebih baik lagi nanti. Kerana kita Yakin Allah Lebih mengetahui atas apa yang kita tidak ketahui, nyata dan tersembunyi.

Allah sahaja Maha Cantik

Jangan terlalu kita meletakkan harga cantik, fesyen dan gaya pada tudung lebih tinggi nilainya daripada tingginya nilai perintah Allah yg maha berkuasa



Moga pandangan Allah lah yang mengindahkan pandangan manusia pada kita, bukan perhiasan diri berlebihan yang indah pada pandangan manusia tapi satu kemurkaan pada Maha Pencipta

                                                

Jangan pernah Rasa Cukup Berdoa

Jika badan kita ada threshold level yg perlu dicapai untuk mencapai sesuatu tindak balas, maka Allah juga punya threshold leveNYA tsendiri yg tiada siapa pun tahu berapa nilai sebenar. Begitulah nilai doa2 kita. Allah punya kehendakNYa tsendiri untuk Dia kabulkan pemintaan kita diiringi akhlak, akidah iman dan taqwa sebagai pemangkin (co-factor).. Alam, makhluk dan dunia untuk kita melihatNYA

Doa itu Senjata mukmin. Iman itu ada pasang surutnya. Jika kita hanya bersenjata seketika-seketika sahaja bagaimana mahu melawan musuh (nafsu, syaitan) bila masa musuh-musuh ini menyerang, tiada bekalan senjata yang cukup untuk kita pertahankan jasmani dan rohani yang dalam keadaan baik. maka akan mudahlah kita tumpas.


Kesimpulannya, kita jangan behenti berdoa . teruskan walau kita lihat Allah tak perkenankan pada satu-satu masa, tapi rupanya Allah nak menjaga kita tiap-tiap masa. Hiasilah diri kita dengan doa yang berterusan.. =)


                                                            
P/S= Dulu TERlalu minat kat hazamin In Team ni . Jatuh cinta kerana satu kata-kata dia di satu konsert Di Kelantan dulu. Astargfirullah ...=P. Tapi kata-kata dia waktu tu adalah : "Jaga batasa-Jaga batasan ye.."- Waktu dia tengok ada yang berhimpit-himpit mau mengambil gambar In Team depan stage ..=)

Masa dikejar, tapi dunia tak terkejar.

Bila waktu berlalu pantas, jangan terlalu dikira berapa banyak waktu yang telah kita lalui tetapi sedar dan janganlah leka tentang betapa dekat kita dengan mati. Bila-bila masa sahaja waktu bolehh terhenti buat kita. Moga tiap detik itu indah dan baik terisi. InsyaAllah. Amin


Kita kejar dunia, makin jauh dunia ini kita tinggal dan jauhi, tapi makin kita kejar akhirat, itulah tempat yang bakal kita jejaki dari tiada nafas ini hingga penentu dunia atau syurga kita nanti.








Kita Lebihkan ke Sana dari Mengejar Yang Disini ya. Moga Allah permudahkan Jalan kita. Ayuh..=)

Agungkan Allah Melebihi Yang lain

Assalamualaikum Semua, Hari tu ada sambutan Tahun Baru Islamik yang hebat atas jalan telah di adakan kan.....Allah......Amat kagum dan terharu dengan sambutan muslimin muslimat di shah alam pada malam tahun baru hari tu. Walau sy tiada di sana namun say bersaksi dan mengakui bahawa Allah itu satu dan jalan yg satu adalah jalan tiada tolak banding kebenaraNya. Jgn hanya kita lihat individu2 tertentu yg menjayakan program tersebut dan terlebih mengagumi sehingga kadang-kadang kita lupa bahawa Allahlah yang mengizinkannya. Tapi kita lihatlah jalan agama, jalan iman, jalan akidah yang sememangnya Allah sahaja yg baik membenarkannya.




Jangan terlalu kagum dan agungkan manusia yg membawa kita mendekati Allah.Dia hanya perantara yang Allah beri jalan supaya kita mendekatiNYA lebih dekat. Sebaliknya teruskan agungkan Allah , syukuri Allah kerana memilih kita dan perantara tersebut untuk berada di jalanNYA. Bukan jalan yg sia-sia.. Alhamdulillah. Jangan pernah cukup untuk panjatkan syukur.
 
Allah itu sangat baik , kan? =)

                                       

Wudhuk dan Kesucian Diri

Sesungguhnya Wuduk itu penyegar jiwa. Bukan skadar bersiap untuk solat dan bersihkan anggota sahaja.. Niatkanlah tiap anggota kita melakukan kebaikan dan terhindar kemungkaran..


Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. (al-Ankabut: 54)






Jelas Allah pun telah menegaskan dalam alquran tentang hal ini. Bukankah solat itu mulanya dengan wudhuk dengan niat dan tertib.


Wudhuk membasuh anggota yang kita gunakan sehari-hari dalam mentadbir alam sebagai seorang khalifah. Niatkan segala pembasuhan kita itu dengan menyucikan tingkah kita, membersihkan fikiran kita, mejernihkan hati kita , maka InsyaAllah jasmani dan rohani kita akan seiring dalam kebaikan. maka inilah yang terbukti melalui surah Al Ankabut di atas kan. Allah tak berkata yang tidak benar. Dia satu0satunya yang Maha Benar. Kata DIAlah yang sebaiknya kita pegang betul-betul.


Maka jangan kita jadikan wudhuk kita sia-sia hanya membasahkan anggota sekadar untuk solat, tapi penyucian langkah menjadi hambaNYA yang baik jua di luar solat. InsyaALLAH. Amin

                                               

To Whom Did You Married?

You might be married to the worst man ever, like Asiah was married to Pharaoh but it didn't change her and her loyalty & love to Allah.




You might be married to the best of men, like Prophet of God, and still not enter Heaven -like the wife of Nabi Lut a.s.


You might be not married to any man, like Maryam (alaiha salam), and Allah can make your rank higher than any women on the Earth.


Know your priorities. Love and trust is with Allah first.


                                                
Kerana Baginnya Allah yang utama..=)

niat dan azam baru

Assalamualaikum semua. saya mintak maaf kerana TERlalu lambat mengupdate blog sdangkan sy ada berjanji saya akan hantar entry baru pertengahan bulan 12. maaf, Allahlah perancang terbaik, andai rancangan kita itu sebaik manapun apada apa yang kita fikirkan. Mungkin apa yg saya rancangkan itu ada tidak baiknya pada pandangan ALLAH. jadi Allah menyekat dan tidak mengizinkan. ALhamdulillah, InsyaAllah ada yg lebih baik yang Allah janjikan. Mungkin dengan menerima ketentuan sebegini bisa menjadikan kita lebih berlapang dada dalam mengejar masa yang semakin lama semakin meninggalkan kita. Dalam merungut-rungut tidak cukup masa Allah masih lagi benarkan saya menekan keyboard sekarang, mengizinkan Wengers seme membaca pulak tu. Allah Knows the best rite. the best time, the best situation, the best place, and even the best person .. =) .


Biarlah walaupun saya menggunakan Tahun masihi sebagai rujukan dalam memperbaharui sesuatu keadaan tapi tahun baru hijrah hari itu lagi niat ini dah ada. saya terfikir fikir bagaimana lagi mahu update entry sebanyak mungkin tapi tidak mahu tiap entry itu sia-sia. jadi bila saya fikir-fikir akhirnya saya berniat mahu meletakkan entry2 atau status2 yang sy kongsikan di facebook juga untuk tatapan semua wengers. memandangkan status2 itu jua adalah dari pandangan sekeliling, tarbiyah2 Allah dan perkongsian ilmu yang baik, maka saya berniat untuk memanjangkan yang baik itu untuk turut serta diletakkan di sini. Selain meletakkan status2 sesuai akan sy cuba relatekan dengan kaadan -keadaan hidup kita terutamanya dalam menghadapi ujian Allah. InsyaAllah.Alhamdulillah, Moga perkongsian ini bermakna. Moga Allah permudahkan kita.