Wednesday, November 16, 2011

LELAKI ITU

Lelaki itu....



Dia yang selalu memanggil nama saya, supaya saya selalu berjaya....

Dia yang mengajar saya bahawa bukan senang mahu menangis tatkala berdoa menghadap PENCIPTA..

Dia, yang setia beri semangat untuk saya jadi yang terbaik sejak kecil. Tanpa doa dia siapalah saya sekarang..

Lelaki itu..
Bila saya berjaya dia peluk dengan kasih sayang. Mengucup tanda tahniah. Bangga. kerana saya zurianya.
Bila saya gagal dan kecewa, dia beri semangat tanpa putus. Tak sedikit pun dia turut kecewa dengan kegagalan saya...

Sewaktu saya di tingkatan 5, di peperiksaan pertengahan tahu, keputusan peeriksaan saya jatuh merudum. keputusan dan kedudukan paling teruk sepanjang saya belajar. sedangkan kejayaan saya sebelum ni menjadi kebngaan papa mama.  Ibu bapa saya dipanggil pada perjumpaan ibu bapa dan guru. ibu bapa teman sebilik saya dipanggil kerana keputusannya cemerlang. saya sebaliknya.

Saya khabarkan pada mama. dan mama memberitahu dia.
Dia datang, dalam kesibukan dia mencari rezki buat kami.
Di bawah pohon rimbun, di taman bacaan, dia menasihai. memberi semangat kembali. menekankan betapa dia mahu saya hadiahkannya kejayaan lagi. betapa dia tak mampu beri apa-apa lagi kecuali ilmu. doa sentiasa mengiringi... diceritakan segala kesukarannya selama ini. pintanya hanya satu biar anak-anaknya berjaya. dalam linangan air mata. petama kali seumur hidup saya dia menangis, kerana saya. sungguh saya rasa berdosa mengecewakannya. air mata saya juga laju mengalir waktu itu. bukan saya tak pernah gagal tau jatuh dalam pelajaran. waktu UPSR dulu keadaan saya lagi teruk. tapi buah hati saya mama dan papa tenang menghadapi saya...tapi waktu di tingkatan 5 tu saya tahu, papa pun tahu. waktu itu peperiksaan SPM bakal menentukan masa depan saya. kerana itu dia lebih mengambil berat dan menginginkan kejayaan saya.
kemudian dalam linang air mata kami berdua saya memohon ampun. mengucup tangannya. memeluknya. dan dalam pelukan itu saya tekad membetulkan keadaan... Alhamdulillah, saya mampu buat dia menangis lagi. tapi dengan kejayaan saya.



8 tahun berlalu. sampai kini.....

Lelaki itu...

tetap penyokong saya yang yang pertama
tetap pemberi nasihat yang utama.
tetap lelaki terbaik dalam hidup saya.
tetap menenangkan di kala saya berduka.
tetap pendorong saya yang setia.
tetap meyabarkan saya dikala kesabaran hilang seketika.
tetap membantu sebolehnya, semampunya andai saya tak bisa berbuat apa-apa.
tetap berasa sedih dan menangis di saat saya terseksa dan teraniaya.
tetap lelaki perkasa buat saya walau dia mudah mengalirkan air matanya.

manalah saya mampu mencari penggantinya.
manalah saya mampu ketidakhadirannya dalam kejayaan-kejayaan saya.
manalah saya mampu menidakkan kasaih sayangnya pada kami sekeluarga,
apatah lagi isterinya, mama saya. Sunggu saya syukur Ya ALLAH.

Dia tak punya harta berjuta untuk diberi buat kami sekeluarga.
Dia hanya lelaki yang kaya dengan nasihat dan doa.
 untuk kami keluarga, anak-anaknya.
Pelengkap hidup isterinya, mama.




Ya ALLAH, peliharakanlah kesihatan kesejahteraan pada hayatnya.
Saya tak cukup lagi menghadiahkan kejayaan buat dia.
Saya rasa tak cukup lagi menikmati kegembiraan dia saat melihat saya berjaya.
Saya mahu dia yang mewalikan saya, melihat dia menangis melepaskan saya pada suami saya .
Seperti dia lepaskan kakak saya kepada suaminya.
Allah.
Allah
Allah.
Engkaulah pengurnianya buat kami sekeluarga.
Terima Kasih Allah. Terima Kasih. Masih tidak cukup saya menyatakan kebaikannya. Peliharakanlah dia Ya Allah.
Saya tak mahu menulis semua ini hanya selepas dia tiada. Selagi dia ada, penghargaan saya tetap untuk dia.


"Gembirakanlah mama. ibu kamu, Papa ni tak apa"  Menasihatkan saya bila saya berdua dengannya di luar rumah

"Papa dengan mama ni ibu bapa. Memang kerja kami mendoakan anak-anak. Tak perlu disuruh. Doa kami pasti untuk kamu" menjawab pesan saya tiap kali saya suruh mendoakan .

"Bebelan mama tu ilmu" "Bebelan Mama lah hiburan papa bila kamu semua tak ada kat rumah" ketika menasihatkan kami supaya jangan melawan bebelan mama

"Semoga berjaya!!!" sebelum saya naik kereta pulang ke Subang, supaya saya berjaya dalam jodoh. haha

Nota: Dialah lelaki pertama dalam hidup saya : Che Derasid @ Che Abdul Rashid bin Che Musa

Thursday, November 10, 2011

Kisah kita sama, pada jalan berbeza

                                              

Assalamualaikum. Salam kebahagiaan penuh ketenangan. Moga berada dalam ketenangan dalam aroma zulhijjah yang indah ni. Aroma pengorbanan . Aroma kasih sayang pada Allah, Rasulullah S.A.W (Selawat jangan tak selawat), keluarga, sahabat-sahabat kita dan umat islam yang lain. Ingatan untuk diri saya sendiri juga. Jangan kita hayati pengorbanan sekadar dengan tumbangnya haiwan lembu, kerbau dan kambing semata. Pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail A.S kita hayati dengan keimanan dan ketaqwaan. Pengorbanan sebaiknya untuk nafsu dan nafsi kita adalah Niat, Usaha melakukan dan seterusnya melaksanakan Amal Maruf Nahi Munkar. Peganglah perinsip ini untuk diri walau dalam sekecil-kecil zarah sekali pun tindakan kita, insyaAllah... pengorbanan itu akan dibalas sebaiknya dengan ketenangan dan kebahagiaan tiap perjalanan.
 
                                                

itu sekadar mukaddimah besempena Aidiladha yang kita sambut lepas. Alhamdulillah sy berpeluang pulang 4 hari ke rumah bertemu keluarga tercinta. nikmatnya hanya Allah sahaja yang tahu. Dapat melihat Kasih sayang Allah titipkan antara mama dan papa. Mama kepada kami. dan papa kepada kami. Allah sungguh saya syukur dengan semua ini.

Dalam kegembiraan menyambut Aidiladha dengan keluarga, saya tak putus-putus juga didatangi soalan-soalan cepumas. Al maklumlah usia sekarang. kerja pun dah ada. nak- nak Papa.. kalau kat tempat kerja beberapa kakak-kakak yang saya selalu keluar makan bersama pun asyik bertalu-talu bertanya bilakah masanya? Allah.... kadang-kadang soalan mereka yang sama saya jawab dengan jawapan yang sama.=)

Cincin ada satu. Saya pun masih satu  =)
                                                                  
 "Bila lagi masanya?"

"Dah ada calon ke belum?"

"Nak yang macam mana?"
.............................................................................................................

"Calon masih di tangan Allah kak, belum sampai ke pengetahuan saya"

"InsyaALLAH, Bila Allah kata ye pada waktu dan keadaan yg sepatutnya itu, adalah kak"

"Kalau tak jumpa sapa-sapa Papa carikanlah...." =)

Kelakar dan kadang-kadang Kelu lidah nak menjawab jugaklah. Tak sangka saya dah sampai ke peringkat umur ditanya soal teman hidup. Bak kata kakak, dia dah rasai dulu. kena pandai- pandai hadapi. jangan stresskan diri. Alhamdulillah saya tak stress. Saya yakin Allah dah takdirkan seseorang buat saya, cuma masa, ketika dan keadaan yang benar itu belum muncul.

Seperti kata- kata orang lain juga sebelum ni, Soal jodoh ini bukan kerja senang. Bukan kerja memilih ikan di pasar dan bukan kerja sekadar cukup ada yang mencintai dan dicintai. Tidak, tidak begitu duhai wengers.

Saya tahu papa nak ada seseorang yang menjaga anak permpuannya ini. saya tahu papa risau saya keseorangan menghadapi hidup di bandaraya besar ni. Saya tahu Papa nak ada orang yang menemani saya pergi dan balik kampung yang memakan masa yang lama.. dan Saya tahu, saya tahu, saya tahu... =)

Saya juga ada yang saya mahu Papa... bukan tak mahu.
Saya mahu dia yang menginginkan saya kerana agama, bukan rupa.
Saya mahu dia menghormati ibu bapa saya selamanya, bukan sementara dapat memiliki saya.Begitu juga saya Pa..
Saya mahu dia dapat jadi pemimpin yang baik untuk saya dan zuriat-zuriat kami kesyurgaNYA.
Saya mahu dia dapat jadi pengukuh jambatan kami ke syurga...
Saya mahu dia yang sederhana sahaja, bukan berlebih-lebih. Tidaklah terlalu kurang juga..
Saya mahu dia pelengkap segala kelemahan saya dan tidak berasa lemah dengan kelemahan saya itu...(Terutama kelemahan saya yang Papa selalu ingatkan tu...  )

TERLALU BANYAK YANG SAYA INGINKAN, KAN?

Mungkin kerana itu Allah tak beri lagi seseorang yg boleh menjaga saya nanti..Ada yang Allah nak saya siapkan supaya Dia beri apa yang saya mahu..Belum lagi, bukan tak ada. InsyaALLAH ada..

Allah juga Mahu saya penuhkan diri dengan ilmu dan keimanan untuk menghadapi hidup lebih bertambah ujian di alam pernikahan nanti (pernikahan bukan sejadar kebahagiaan, tapi juga menguji pasang surutnya iman)

Allah juga mahu saya terus lihat alam dan keadaan supaya tidak terjadi suatu yg buruk sama dengan pernikahan lain di akhir zaman ini( kecurangan, kezaliman suami isteri, penderhakaan anak-anak, apatah lagi perceraian, ) Na'uzubillaahi min zalik.

                                       


Si dia yang mungkin Allah telah takdirkan buat saya juga mungkin sedang mengalami perkara yang sama dengan saya, tetapi dia juga mungkin sedang mempersiapkan diri sebaik mungkin dari segala segi;keimanan dan ketaqwaan.

Bukanlah saya mahu dia ahli ibadah yang extremist hingga lupa mentadbir dunia. Saya inginkan dia yang takut pada Allah, Kasih pada NabiNYA dan sayang pada sesama saudara. Simple, dan sederhana. Tapi itulah yang sukar dicari kini bukan. Jadi kerana itu belum lagi ada jodoh saya dietemukan. =)

Bak kata saya pada yang lain yang juga belum bertemu jodoh;-

"Biar lambat asal berkat"... =)

Pernikahan sekarang ini bukan sekadar mengelak zina. pernikahan adalah satu jalan kita mempersiapkan diri sebaik mungkin menghadapi PENCIPTA. Jika tersilap kita memilih, boleh jadi jalannya nanti tak mampu kita alih, kesukaran pun kita hadapi dengan pelbagai dalih, ujian kecil pun mungkin kita kata tak boleh. Jadi sebab itu saya hanya berdoa saya dan pasangan saya (yang saya sendiri tak tahu siapa orangnya), agar dapat kami bersabar menanti dan mempersiapkan diri sebaik mungkin untuk saat dan keadaan yang benar itu nanti. Moga perjalan ke arah pernikahan, sepanjang majlis pernikahan dan selepas majlis iaitu jalan yang lebih panjang (alam rumah tangga) diiringi keimanan dan ketaqwaan hendaknya.

Jaga hati kami Ya Allah agar kami tidak letakkan hati kami pada jalan yang salah, orang yang salah dan cara yang salah dalam mendirikan Baitul Muslim

Pada Allah saya berserah. InsyaAllah Ada. Jika tidak ada, pasti ada di akhirat sana, selagi kita menjadi yang hambaNYA yang Solehah . Saya masih membaiki diri, mungkin kerana itu Allah belum sampaikan waktu itu. Belum cukup solehah untuk yang di dunia, apa lagi di akhirat sana kan...

Nota: Bagi yang dikejar persoalan sama, jangan stress-stress. Hadapi dengan senyuman dan penuh pengharapan pada Tuhan. =)

Untuk papa: Allah mungkin nak tunjuk yang saya masih belum cukup jadi anak papa yang baik, sebelum jadi isteri yang baik =)



Ape yg diiNgin seoraNg anaK?


Aku terbace di blog misi azlina.. die crite prihal arwah ayahnye sblum pergi menghadap ALLAH yg satu… die cerite btape ayahnye seorang yang taaT dan sntiase berbakti pd neneknye(ibu kpade ayah die..)… dan saat ayah die meninggal neneknye tak ade bsame ayahnye krana berade di rumah anak yg lain.
Ayat dlm blog die ni aku amik—
saya tau ayah sangat2 mengambil berat dan menjaga nenek selepas pemergian arwah atuk. Sehingga kadang2 pemerhatiannya terhadap nenek melebihi pemerhatiannya terhadap emak dan kami adik beradik.
Ketika saya berbual2 dengan nenek, sambil menangis nenek cakap,
"Nenek selalu doakan ayah kau. Syurga lah tempat dia."
Allahuakbar… bederai air mate aku mengalir… aku juga harapkan mama dan papa dpt doakan aku seperti itu andai aku pergi dulu sblum mereka… takde ape yg aku hrapkan slain dari Redha mereka…Redha mereka, Redhalah jua Allah padaku…
Betul kate azlina…Apalagi yang diharapkan oleh seorang anak melainkan keredhaan ibu bapa terhadapnya?
Aku hanye berharap keredhaan itu sntiase mendampingi aku disepanjang hdup ini hingga akhir hayatku…
Mama dan Papa tersayang, walau ku selalu ucapkannye , namun takkan mgkin pernah ia mampu membalas jasa dikau berdua buat aku berade disini, Berjaya mengungkapkan rase kasih dan sayang ini buat dikau berdua… walau bukan hari bapa..walau bukan hari ibu, walau bukan di hari lahirku jua, ungkapan I LOVE U tetap milikmu, duhai pembawaku ke dunia.. dgn izin yang Maha Esa…Moga baktiku dan jasaku padamu juga bakal membawaku ke syurga nanti..insyaAllah…

P/S= Ni adalah entry tersimpan dalam draft. sy tatau kenapa saya boleh tak terpost.. sy rase tak ada masalah untuk saya post skarang kan? =)

Wednesday, November 2, 2011

Pagi yang Hujan

Assalamaualaikum semua. Jawablah. sama-sama kita doakan kesejahteraan sesama kita... =) Manalah tahu doa kalian semualah yang sedikit sedikit mensejahterakan kehidupan saya walaupun tetap Allah turunkan ujian...


Pagi ni hujan. sekarng ni nampaknya macam tu lah. Cuaca tak menentu. tapi janganlah kita berasa terlalu payah dan ralat dengan hujan yang Allah kurniakan buat kita. Bukan apa. Hujan ini mungkin menyusahkan hari-hari kita. Ada yang perlu kebasahan sebelum sampai ke tempat kerja dan sekolah. Kadang kadang menghalang aktiviti-aktiviti harian kita kan. Tapi jangan kita terlalu cepat melenting, mengeluh dan mengaduh. mengeluh merungut dan mengaduh hanya akan merosakkan kesihatan dan keimanan juga.


Hujan atau perubahan cuaca adalah dari Allah. Kita kena yakin bahawa Allah ada caraNYA tersendiri mentadbir makhluk-makhluknya. Alam ni kan mkhlukNYA. DIA jugalah yang berkuasa atas tiap sesuatu walau sebesar zarah sekalipun kan...


Mungkin Kita tak dapat bermain bola di padang bila hari hujan lebat. kalau kita dapat pun, kawan-kawan yang lain mungkin xsampai ke padang atas halangan hujan. tapi tahukah kita mungkin jika kita meneruskan permainan pada waktu sebegitu akan ada kecederaan yang berlaku. Kemalangan juga adalah kebarangkalian yang bakal berlaku di jalanan semasa menuju ke padang. Allah menghalang kita melakukan sesuatau, tapi dalam waktu yang sama DIA menjaga kita.


Negara kita punya hutan hijau yang agak luas dan besar. pokok-pokok dari hutan hijau ini dan yang ada di sekeliling kita inilah yang membekalkan Oksigen yang membolehkan kita bernafas sekian lama hingga hari ini. Andai Allah yang baik dan bijaksana itu tidak menurunkan hujan ke bumi, siapa agaknya yang rajin menyiram dan menjaga semua pokok-pokok di dunia ini? Baiknya Allah. masih menolong kita walaupun kita selalu mengeluh dan stress dengan hujan yang diturunkan, kan. Pohonlah Allah permudahkan hari kita walau dalam apa jua halangan yang DIA turunkan. Maka di sini saya menyarankan , berHAUQALAH la kita.

             

 "Tiada Daya kekuatan melainkan Dengan Kekuatan Allah Yang Maha Agong"  
       

Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah. Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.

Selain itu,

Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah KEBIMBANGAN”. (Hadis Riwayat Tabrani)

MasyaALLAH. Agak simple kan kaedahnya. Tapi itulah, sebenarnya kebimbanganlah yang selalu menguasai akal dan fikiran kita seterusnya terdorong meletakkan fizikal kita dalam keadaan bahaya.


Berbalik pada hujan tadi, itu hanya mukaddimah. hanya sedikit analogi dalam kita menghadapi sebarang kesusahan atau kegindahan dalam hidup. Allah yang mengatur hidup kita. DIA yang memberi ujian, maka DIA jugalah kita mohon agar dipermudahkan kita menghadapi ujian kan? Allah baik sangat. Dia cipta halangan, DIA juga cipta penyelesaiannya. tugas kita? Minta dengan DIA. InsyaALLAH. Amalkanlah kalimah HAUQALAH ni selalu.


NOTA: Moga dipinjamkan kekuatan dari ALLAH untuk kita saat kita rasa selemah-lemahnya dalam menghadapi kesukaran hidup ni. Amalkanlah. Yakinlah Allah itu memberi kesukaran untuk kita meminta pertolongan padaNYA. DIA mahu dekat lagi dengan kita. lagipun, bukankah hujan adalah antara waktu dimakbulkan doa? apa lagi, hujan je jom doa khusyuk-khusyuk!

BAIKNYAAAAALAH ALLAH KITA =)

Tuesday, November 1, 2011

Wanita di ragut



“tadi ada orang kena ragut..”
“kat mana... siapa?”
“kat Taipan, depan mata saya”
“orang tu naik motor pecahkan tingkap kereta sebelah pemandu dan amik handbag wanita tu. Bergelut sikit dan terus larikan ”
“bla...bla... bla....”
Perbualan mereka diteruskan... dengan suara lantang dan seakan memberi tahu dunia akan musibah hamba Allah di Taipan itu...tapi di mana perbualan ini take place? Di dalam surau. Sewaktu saya di tahiyat terakhir komunikasi dengan Allah , fardhu zohor di ofis. Sungguh perbualan mereka mengganggu, kerana terlalu kuat diucapkan. Allah sahajalah yang menilai kekusyukan solat saya.

Tapi dalam ibadah hamba yang serba tak sempurna ini, rasa sedkit terpukul dengan perbualan2 tersebut. Ada staff lain sedang solat juga. Saya tidak tahu telahan mereka bagaimana. Tapi pada saya kakak-kakak berkenaan boleh merendahkan suara mereka lagi. Surau itu kecil dan gemanya tetap ada. Ditambah dengan lontaran suara yang agak kuat menmbahkan lagi gangguan pendengaran bagi hamba2 Allah lain yang tengah solat.

Saya tahu berita itu wajar dikongsi sebagai peringatan dan langkah keselamatan di waktu akan datang. Tapi sebagai hamba yang serba kurang sempurna, waktu sebegitu saya ingin tujukan khas sebaik mungkin menghadap, berdating dan bercinta dengan Allah sebaik mungkin. Berulang kali juga saya kuatkan sedikit bisik doa saya pada Allah supaya mereka sedar bahawa yang lain tengah beribadah. Tapi malangnya perbualan mereka berlanjutan diteruskan dengan berkongsi pada mereka yang baru usai salam dan berniat ingin berwirid kali. Sekali mereka dikongsi dengan urusan Dunia yang terlalu sementara itu. Risau saya dalam keadaan begini.

Saya akui saya tak sempurna dalam ibadat mahupun amalan. Tapi waktu yang sedikit cuma untuk ruangan saya bersama Allah ingin saya isikan sebaik mungkin bersamaNYA. Saya hanya beristighfar supaya saya tidak dikuasai marah. Dan nyata setelah saya selesai urusan dengan Allah, mereka juga seakan mengajak saya menikmati kisah tersebut. Saya hanya senyum, melipat sejadah, telekung dan bersiap untuk berlalu. Biarlah rumah Allah itu saya jejaki untuk urusan saya di akhirat semata-mata kerana banyak tempat lain telah saya jejaki untuk urusan dunia saya. Hanya di situ dan ketika itu sahaja ruangan saya bersamaNYA. ALLAH terlalu istimewa buat saya, untuk saya letakkan keadaan, ketika, tempat dan dedikasi teristimewa saya juga istimewa kepadaNYA.

Saya tak berniat mengumpat kakak-kakak disitu tapi sebagai pengajaran untuk kita sama-sama jaga Rumah Allah seistimewa tempat dan PEMILIKNYA. Yang lain datang juga untuk SATU-SATUNYA Tuhan kita yang istimewa. Istimewakanlah ruangan dan waktu itu dengan tingkah dan kata-kata yang istimewa hanya kepadaNYA. Tidak mengganggu yang lain. Andai perlu juga, kita perlahankan nada dan keyanringan suara kita. Saya memohon ampun pada Allah andai saya pernah berbuat demikian juga. Astarghfirullahal azim...Moga Allah ampunkan kita dan moga Allah tetap terlalu istimewa di hati kita. Sesuai dengan tingkah dan kata-kata kita.


Nota: Doalah mohon perlindungan agar kita dilindungi Allah dalam apa jua musibah. dan jangan lupa menyebut : Innalillahiwainnailaihiraji'un..

Monday, July 25, 2011

MEREKA2


.................................................................................................................................
Alhamdulillah, syukur pada Pencipta segala rasa… Aku punya Pencipta..Kamu punya Pencipta juga… tak pernah terduga sekarang aku mampu berada di sini, menulis lagi…Alhamdulillah..Alhamdulillah…syukur..syukur tak berbelah2…
Terlalu syukur degn segala situasi…kondisi, orang2 di sisi, mahupun yang tidak menemani… masih, aku tahu …dia ada lagi…ya, di hati ini..
“mungkin aku ditakdirkan bertemu dengan seorang yg salah dulu, untuk aku sedar dan sedari rupanya Allah member aku ramai orang yang sentiasa menemani dan merindui , saat aku jua memerlukan dan merindui mereka…”

Mereka punya peranan masing dalam hidup aku ini, yang di atur indah , cukup naik turunnya oleh Allah s.w.t… Sungguh aku cinta dan sayangkan mereka

MAMA PAPA yang terutama, pengurnia redha Allah pada aku, tanpa redha mereka, hina benar aku sbagai hambaNYA…. Cukup ikatan hati dan perasaan yang kami sama2 miliki, aku rasa cukup indah menjadi zuriat mereka , yang mereka sayangi… tak mampu juga kadang2 jari ini menulis , merakam penghargaan..kerana kamu semua tahulah.. memang tak cukup dan menepati..The Wengers…hargai ibu bapa kamu bagi yang masih ada..bagi yang tiada, doalah berterusan, kerana itu sahaja harta mereka yang kekal ke syurga untuk mereka tinggalkan…bukan wang berjuta, bukan emas permata, bukan rumah melata… tapi doa.. senjata orang mukmin, dan bekalan anak soleh dan solehah buat ibu2 bapa..

Ahli keluarga tercinta..Kak Dah, ayah sayang kak sangat… I always rember u put ur blanket on me when I sleep in your house, back in tanjung malim… I only habe u as my older sister. And till now u r still the best sister ever… Abe yae, back when im a child, I always remember u’re a fierce brother, but u’re the only brother that im really close. U taught me a lot about life and im always thankful for all ur support and courage.Adik, i always miss our congregational prayers... All my siblings, all of u are the reasons y I always miss home!

Nur Shuhaidah.. kau sahabat yg aku kenali tanpa dipinta2, tanpa dipaksa2…moga kita kekal hingga syurga… terima kasih, walau bz, sempat jua kau menitip doa dan nasihat2 berguna. Walau satu sms sahaja,moga ia tetap hinga syurga… aku cintakan dirimu sahabat, seperti mana aku cintakan perasaan untuk ke syurga itu… hina untuk aku ke sana, tapi moga2 boleh kita berteman dan beriringan ke sana nanti…andai ada izinNYA…terima kasih menjadi seorang yg mengerti isi hati dan perasaan ini, yang sememangnya tak ada yang lebih tahu selain kamu dan Allah… moga kita dalam persahabatan diiringi iman dan Taqwa dalam menuju syurga yang tak terkata indahnya itu. Amin.

Amirah Yunos… Moga dirahmati doamu di sana , buat sahabatmu ini…bila balik nanti, aku harap ko boleh baca ni..aku sayang ko sangat!!! Ko sahabat yang sntiasa mencuba yg terbaik dlm mengekalkan persahabatan kita.. setiap pertolongan yg aku harapkan, tak pernah kau sia2kan tanpa huluran bantuan… sehabis kau mampu, pasti kau membantu… aku syukur teramat syukur. Tiada satu sengketa antara kita sepanjang perkenalan, tiada satu pun titik perselisihan faham yang terjadi. Kita bersahabat dlm ketenangan. Dalam persefahaman, dan dari itu kita capai kematangan! =D dari umur belasan smpai umur puluhan… kita dah kenal hamper 6 tahun. Alhamdulillah…Mira, nanti kita tua harap2 kita boleh duduk ngan anak2 kita n bercerita jugak apa kita buat muda2 ni…activiti2 biasa je…tapi bermakna! Kan? Selamat mengerjakan umrah dan selamat pulang dengan penuh kebaikan dan keberkatan… plz come back ..=)

Munirah mansor…hang pun aku kenal 6 tahun… lagii bnayak suka duka dilalui bersama…tp banyak suka kan yang? But im glad dat u’re someone that can bring ur shoulder for me to cry… aku sntiasa ingat saat kita bercerita susah payah masing2 kat tempat tv mahallah aisyah dulu… hg kawan aku yg aku enjoy bersama.. especially when it comes to food. We always enjoy our frenship tru food…… makan bnyk2 pun kite kgsi sama, makan sikit2 pon kite konggsi sama….hahahaha… and the best thing is when they always say we’re siblings!! The bestest part is, im the younger =P….and luckily…a distance from KL to kuantan never kill our frenship… Glad to have u …still, even we are in different journey, different world, different space, and different food..again, we are in the same ship, Frenship. A good one…. =D. Love u!!

Nazirah Baharuddin… ko bestfren aku yg dah kawen… Alhamdulillah… aku sntiasa ingt time form 4 ko cukup tak suka ngn aku… tapi ko tau satu cerita? Waktu tu aku tau ko tak suka aku, tapi aku pun tak tau, Allah seakan beri aku instinct bahawa aku perlu sabar dan terus mencuba untuk jadi kawan ko…Allah macm bagi aku semangat… untuk aku teruskan memikat kau la konon.. dan cubemate adalah takdir terbaik untuk kita teruskan jadi sahabat…kita sama2 xsgka kan… tapi tu lah, rancangan ALLAH. DIA lebih tau..kalo tak ntah sape2 laaaa yg terpaksa jadi pengapit ko kan… aku yakin haz pun berpendirian yg sama..hahahaha… n macam2 berlaku….. suka duka waktu tu kita berdua dan Allah je tau kan..kalah org bercinta..haha… n aku paling tak puas hati, roti salut coklat tu je yg ko inat…yg lain x ingat!!!! Hahahaha takdelah…takpe. At least ko ingat… smpai skarang kita bersahabat.. jarang kita jumpa…tp aku syukur, kita masih boleh enjoy waktu2 bersama…bonda saying anakanda!!! Cepat dapatkan cucunda untuk bonda =D

Ariana Aziz… aku tahu msti ko xsgka aku akan bagi special dedication kat sini… tapi I really mean it beb… tak sgka saat2 sedih dulu buat kita jadi sahabat baik, padahal aku ni hanya sekadar pembaca blog ko je… smpai skarang ko dh jadi salah seorang sahabat yg sntiasa paham aku luar dalam jugak… kadang2 ko jadi kawan untuk kita sama2 gelak2 n kate mengata..hahaha..kadang2 ko jadi kakak yang nasihat ko tu terlalu puitis tapi memang bermakna… nmpak je macam aku buat tatau time ko membebel ats keta..tapi hari2 lepas tu kata2 tu seme akan terngiang2 jee n buat aku kaitkan dengan segala erti hidup yang kita lalui ni… beb, thanx . I appreciate u so much . started with stranger, but ends as something better.. pengalaman2 hidup kita akan sentiasa jadi panduan untuk kita jadi lbih baik dan baiki diri…

WAN NUR HAMIMI IDAYU…ayah laaagi sayang mie..ayah mungkin tak pernah jadi yg terbaik dlm hdup mie…tapi ayah saying mie dari sulus mpai skarang.nk jah mie ada ngan ayah dekat… mie lagi lama jadi saing ayah…dulu dr form 1 kite kawan…lepas tu kite tahu kite sedara…mie mesti lupa… waktu kite start sama2 jadi baik…lepas wat satu karangan time form 2, mie kiss ayah.=) ayah x lupa pon..i hope u noe dat mase time PC kite jadi renggang jap tu , Allah je tau betapa ayah sedih… tp Alhamdulillah, Allah pun rancang baik…seme ujian untuk kita makin saying…ayah pk time tu mie mcm adik ayah dh…ujian apa pun n kawan2 lain ramai pun, hubungan kita tak pnah ptus… ayah harap mie tau, walau ape pun jadi, ayah tetap nk ade ngan mie….walau sikit ayah bleh wi, ayah wie seikhlas ati …..untuk mie
Dan pixel...thanks for everything.. Moga terus imanmu terjaga.
Mungkin ramai yang aku tak dpt nak sebut satu persatu karakter diorang kat sini…tapi aku syukur Alhamdulillah Allah sntiasa tnjuk jalan dengan kehadiran2 org2 yang bawa erti yang lebih baik dan bermakna dalam hidup aku...Amy,Aween, Aredeep, Imah…hopefully u noe dat im glad to be friend with u…Dan bila aku lebih sabar, MEREKA2 LAH HADIAH ALLAH PADA AKU UNTUK AKU TAHU ALLAH ITU PENUH KASIH SAYANG. MEREKA YANG AKU KENALI DALAM AKU MENGHADAPI TIAP2 UJIAN DALAM KEHIDUPAN…KERANA ALLAH lah YANG MENCIPTA KASIH SAYANG AKU DAN MEREKA2…Allah, peliharalah kasih sayang antara kami dengan ikatan kasih sayang serta cinta kami kepadaMU ya Allah…

Sunday, July 17, 2011

Kelebihan Nama-nama KEKASIH

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” Sahih Bukhari.
1Allah







2. Ar-Rahman – Maha Pemurah






3. Ar-Rahim – Maha Penyayang






4. Al-Malik – Maha Merajai/Pemerintah






5. Al-Quddus – Maha Suci






6. As-Salam – Maha Penyelamat






7. Al-Mu’min – Maha Pengaman






8. Al-Muhaymin – Maha Pelindung/Penjaga






9. Al-^Aziz – Maha Mulia/Perkasa






10. Al-Jabbar – Maha Pemaksa






11. Al-Mutakabbir – Maha Besar






12. Al-Khaliq – Maha Pencipta






13. Al-Bari’ – Maha Perancang






14. Al-Musawwir – Maha Menjadikan Rupa Bentuk






15. Al-Ghaffar – Maha Pengampun






16. Al-Qahhar – Maha Menundukkan






17. Al-Wahhab – Maha Pemberi






18. Ar-Razzaq – Maha Pemberi Rezeki






19. Al-Fattah – Maha Pembuka






20. Al-^Alim – Maha Mengetahui






21. Al-Qabid – Maha Penyempit Hidup






22. Al-Basit – Maha Pelapang Hidup






23. Al-Khafid – Maha Penghina






24. Ar-Rafi^ – Maha Tinggi






25. Al-Mu^iz – Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan






26. Al-Muthil – Maha Merendahkan






27. As-Sami^ – Maha Mendengar






28. Al-Basir – Maha Melihat






29. Al-Hakam – Maha Menghukum






30. Al-^Adl – Maha Adil






31. Al-Latif – Maha Halusi






32. Al-Khabir – Maha Waspada






33. Al-Halim – Maha Penyantun






34. Al-^Azim – Maha Agong






35. Al-Ghafur – Maha Pengampun






36. Ash-Shakur – Maha Pengampun






37. Al-^Aliyy – Maha Tinggi Martabat-Nya






38. Al-Kabir – Maha Besar






39. Al-Hafiz – Maha Pelindung






40. Al-Muqit – Maha Pemberi Keperluan






41. Al-Hasib – Maha Mencukupi






42. Aj-Jalil – Maha Luhur






43. Al-Karim – Maha Mulia






44. Ar-Raqib – Maha Pengawas






45. Al-Mujib – Maha Mengabulkan






46. Al-Wasi^ – Maha Luas Pemberian-Nya






47. Al-Hakim – Maha Bijaksana






48. Al-Wadud – Maha Pencinta






49. Al-Majid – Maha Mulia






50. Al-Ba^ith – Maha Membangkitkan






51. Ash-Shahid – Maha Menyaksikan






52. Al-Haqq – Maha Benar






53. Al-Wakil – Maha Berserah






54. Al-Qawiyy – Maha Memiliki Kekuatan






55. Al-Matin – Maha Sempurna Kekuatan-Nya






56. Al-Waliyy – Maha Melinuingi






57. Al-Hamid – Maha Terpuji






58. Al-Muhsi – Maha Menghitung






59. Al-Mubdi’ – Maha Memulai/Pemula






60. Al-Mu^id – Maha Mengembalikan






61. Al-Muhyi – Maha Menghidupkan






62. Al-Mumit – Maha Mematikan






63. Al-Hayy – Maha Hidup






64. Al-Qayyum – Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya






65. Al-Wajid – Maha Menemukan






66. Al-Majid – Maha Mulia






67. Al-Wahid – Maha Esa






68. As-Samad – Maha Diminta






69. Al-Qadir – Maha Kuasa






70. Al-Muqtadir – Maha Menentukan






71. Al-Muqaddim – Maha Mendahulukan






72. Al-Mu’akhkhir – Maha Melambat-lambatkan






73. Al-’Awwal – Maha Pemulaan






74. Al-’Akhir – Maha Penghabisan






75. Az-Zahir – Maha Menyatakan






76. Al-Batin – Maha Tersembunyi






77. Al-Wali – Maha Menguasai Urusan






78. Al-Muta^ali – Maha Suci/Tinggi






79. Al-Barr – Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)






80. At-Tawwab – Maha Penerima Taubat






81. Al-Muntaqim – Maha Penyiksa






82. Al-^Afuww – Maha Pemaaf






83. Ar-Ra’uf – Maha Mengasihi






84. Malik Al-Mulk – Maha Pemilik Kekuasaan






85. Thul-Jalali wal-Ikram – Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan






86. Al-Muqsit – Maha Mengadili






87. Aj-Jami^ – Maha Mengumpulkan






88. Al-Ghaniyy – Maha Kaya Raya






89. Al-Mughni – Maha Penberi Kekayaan






90. Al-Mani^ – Maha Membela/Menolak






91. Ad-Darr – Maha Pembuat Bahaya






92. An-Nafi^ – Maha Pemberi Manfaat






93. An-Nur – Maha Pemberi Cahaya






94. Al-Hadi – Maha Pemberi Petunjuk






95. Al-Badi^ – Maha Indah/Tiada Bandingan






96. Al-Baqi – Maha Kekal






97. Al-Warith – Maha Membahagi/Mewarisi






98. Ar-Rashid – Maha Pandai/Bijaksana






99. As-Sabur – Maha Penyabar






(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).


1. “Ya Allah!” apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.







2. “Ya Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.






3. “Ya Rahim!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.






4. “Ya Malik!” apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari,


segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang


diredhai Allah.






5. “Ya Quddus!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.






6. “Ya Salam!” apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.






7. “Ya Mukmin!” apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.






8. “Ya Muhaimin!” apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu


Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.






9. “Ya ‘Aziz!” apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.






10.”Ya Jabbar!” apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.






11. “Ya Mutakabbir!” apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.






12.”Ya Khaliq!” dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).






13.”Ya Baarii’!” sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.






14.”Ya Musawwir!” sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.






15.”Ya Ghaffaar!” sambil beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.






16.”Ya Qahhaar!” dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.






17. “Ya Wahhaab!” dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.






18. “Ya Razzaq!” dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.






19. “Ya Fattah!” dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.






20. “Ya ‘Aalim!” dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.






21. “Ya Qaabidhu!” dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.






22. “Ya Baasithu!” Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.






23. “Ya Khaa’fidh!” dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.






24. “Ya Raafi!” dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.






25. “Ya Mu’izz!” dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.






26. “Ya Muzill!” Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.






27. “Ya Samii’!” Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.






28. “Ya Bashiir!” Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.






29. “Ya Hakam!” dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.






30. “Ya Adllu!” dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.






31. “Ya Lathiif!” Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.






32. “Ya Khabiir!” Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.






33. “Ya Haliim!” Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.






34. “Ya ‘Aziim!” dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.






35. “Ya Ghafuur!” bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.






36. “Ya Syakuur!” dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.






37. “Ya ‘Aliy!” Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.






38. “Ya Kabiir!” Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).






39. “Ya Hafiiz!” dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.






40. “Ya Muqiit!” Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.






41. “Ya Hasiib!” Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.






42. “Ya Jaliil!” Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan – perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa


disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.






43. “Ya Kariim!” Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.






44. “Ya Raqiib!” Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah.. ..






45. “Ya Mujiib!” Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.






46. “Ya Waasi!” Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.






47. “Ya Hakiim!” Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.






48. “Ya Waduud!” Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.






49. “Ya Majiid!” Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.






50. “Ya Baa’its!” Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.






51. “Ya Syahiid!” Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.






52. “Ya Haq”! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.






53. “Ya Wakiil” Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.






54. “Ya Qawiy!” Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.






55. “Ya Matiin!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.






56. “Ya Waliy!” Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.






57. “Ya Hamiid!” Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.






58. “Ya Muhshiy!” Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.






59. “Ya Mubdiu!” Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah.. ..






60. “Ya Mu’id!” Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.






61. “Ya Muhyiy!” amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.






62. “Ya Mumiit!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.






63. “Ya Hayyu!” Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.






64. “Ya Qayyuum!” Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.






65. “Ya Waajid!” Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.






66. “Ya Maajid!” Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.






67. “Ya Waahid!” Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah…






68. “Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.






69. “Ya Qaadir!” Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.






70. “Ya Muqtadir!” Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.






71. “Ya Muqaddim!” Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil”.






72. “Ya Muahkhir”! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.






73. “Ya Awwal!!” Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.






74. “Ya Aakhir!” Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.






75. “Ya Dhaahir!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.






76. “Ya Baathinu!” Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.






77. “Ya Waaliy!” Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini






78. “Ya Muta’aAliy!” Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.






79. “Ya Bar!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.






80. “Ya Tawwaab!” Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.






81. “Ya Muntaqim!” Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.






82. “Ya ‘Afuww!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.






83. “Ya Rauuf!” Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.






84. “Ya Maalikul Mulki!” Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.






85. “Ya Zul Jalaali wal Ikraam!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.






86. “Ya Muqsith!” Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.






87. “Ya Jaami’!” Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.






88. “Ya Ghaniy!” Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.






89. “Ya Mughniy!” Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.






90. “Ya Maani’!” Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.






91. “Ya Dhaarr!” Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.






92. “Ya Naafi’ “! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.






93. “Ya Nuur!” Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.






94. “Ya Haadiy!” Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.






95. “Ya Baadii!” Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.






96. “Ya Baaqy!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.






97. “Ya Waarits!” Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.







98. “Ya Rasyiid!” Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.






99. “Ya Shabuur!” Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.