Thursday, July 7, 2011

Tempat baru... Suasana Baru

Terlalu banyak kebahagiaan...tapi terlalu banyak juga ujian ALLAH ganjarankan...Alhamdulillah, berkat bantuan dan iringan doa ayah bonda....kami laui bersama...walau aku sendiri di kejauhan, aku yakin..berkat doa merekalah yang mengiringni penuh padu, perjalanan ku setiap detik.. moga redha mereka membawa redha Allah padaku..Ya Allah terlalu indah terasa bila nikmat iman tu Kau berikan..Bila tiap ujian kau hadiahkan pertolongan di sebalik kesabaran..bila tiap musibah itu kau sedekahkan kebahagiaan dalam kecekalan....
Sungguh andai aku tak mengerti CintaMU, tidak aku sedar dalam perjalanan ini Kau mengiringi... sepanjang jalan kau bekalkan pengajaran, agar aku gunakan akal fikiran dan segala kurniaan....indah sungguh tatkala aku singkap segala kerumitan yg berlaku, terselah segala kecantikan kurniaanMU ya ALLAH...Rugilah aku andai aku kalah dalam perjuangan sebelumnya, kerana hadiah ketenangan dariMU tiada siapa dapat tandingi..tiada siapa dapat lebihi... Malah tiap kata ini adalah ilham dariMU tanda aku perlu sebarkan KebesaranMU...
Sungguh aku sukar mengutip dan mengumpul kata2 yang tulus lagi kudus untuk memujiMU ya Allah... terlalu Agung ...tak tertanding, Tak terganti... Hanya dikau mengerti saat rasa itu dating menyinggah ke hati dan tiap aliran darahku...Hanya namaMU yang teragung...Hanya dikau pengatur alam yg terbaik.. All the WENGERS.. Moga hari2 kamu tetap indah walau ditemani pelbagai ujian, kerana tiap ujian itu, Allah pasti mengiringi..hanya tinggal kita untuk berjalan seiring jalan Allah itu..=) ok, jangan nakal2. Nanti kene jual..

Friday, March 4, 2011

Pn.Khuzimah Ishak...


UJIAN..untuk kita bijak mentadbir..bukan menyalahkan takdir.. mengundur waktu hanya boleh buat semangat jadi kendur.. teruskan maju, biar sampai tempat yang dituju
BETAPA pentingnya ketenangan dan sabar dalam kita hadapi tiap ujian dalam hidup ni… semua ni berkait dengan iman juga… smuanya terjaga kerana iman itu ada..beberapa hari ni aku dihidangkan dengan pelbagai situasi2 yang menguji kesabaran, ketenanga oarng2 di sekeliling aku.. dlm semua menghadapi ujian, ade seseorang yang aku kagumi dia sejak awal dlm menangani setiap kes ujian… ketua section aku kat tempat keje…Kak kuzi.. aku bkan nk bodek, sbb bkan die y naikkan pgkat aku ke, naik gaji aku ke..tp ni adalah pmerhatian aku dr awal. Pn. Khuzimah ishak..here she goes..umi my darling mushroom.. macm mane nk start crita.. kak kuzi, wanita sedrhana yang jadi ketua section tempat aku keje…die VP.. ape2 hal disini seme die lebih arif.. bukan calang2. Nak masuk 5 tahun di situ..aku rase, lepas director, dialah yang plg lame bertahan dgn company ni..rahsianya? peribadi die sendiri aku kagumi..ibu manelah yang melahirkan wanita ini hingga dapt aku jadikan tauladan di sini hari ini…
harini die wat meeting ats satu keadaan yang bg aku, membimbangkan. Tp dengan tenang, meeting itu bjalan dengan lancar. Kak kuzi dengan tenang membincangkan dan megemukakan pandangan sbaik mungkin.dan aku tahu semua yang hadir dpt menerimanya dengan baik, kerana apa? Kerana Allah jadikan kak kuzi setenang itu.. seriously tadi aku yang glabah dgn problem itu and smpai aku sndiri sedar muka aku sangat hodoh bila nk cari bdak tu, bdk tu takde… tp kak kuzi…dia balik masih dgn senyuman.. mungkin dia tak berniat berlakon dengan senyuman itu tapi sekurangnya itulah therapy awal buat kami supaya tidak melihat meeting tu sbagai bebanan sgt. Aku pon wat salah sbb tulis buku resit lain.still, dia tak marah…dia kate takpe, nt dia cancelkan… Allah, hanya engkau tahu betapa aku syukur dikurniakan pemimpin di tempat kerjaku seperti dia.. lately aku dengar aje die mengeluh banyak perihal tugasnya yang smakin bertambah, dibonuskan pula dengan kehadiran insan2 baru dlm company yang aku sdiri pun tak layak untuk menilainya kerana aku tak mengenali mereka… dalam die rase sukar atas bebanan tugas yang bertambah, dia masih dpt mlakukan segalanya sebaik dan semampu dia boleh… hari2 masih aku tgk die tak pernah berhenti dari tugas dan amanah…dikritik hebat.. tapi dialah yang terkuat, menggagahkan diri menerajui sek.7 ni.. Org yang baik sentiasa dikelilingi oleh kebaikan2 yang berlegar disekelilingnya.. aku tgk kak kuzi dikurniakan kluarga yang bleh dikatakan bahagia.. anaknya yang smakin bijak hari demi hari… aku yakin, suaminya juga adalah lelaki yang baik.. skali lagi aku tekankan aku bkn nk bodek..ini adalah tanda syukur dan peringatan pd aku untuk jd lebih baik mase akan dtg… aku hanya khabarkan kebaikan yang lain. Kak kuzi bukan bergaji lumayan atas apa yang dikerjakannya. Tp ats dasar peribadinya yang baik aku kira, die meneruskan tugasnya semampu dia boleh..waktu bersama Qaisara jd terbatas..meeting kadang2 mengganggu waktu solat. Tp itu juga yang didahulukannya tiap kali dia balik.. aku pasti, peribadinya aku yakini..walau hanya seketika aku bekerja di bwh dia di sini, tp aku terlalu syukur punya ketua yang menenangkan.
Dan oleh itu, aku tahu Allah kurniakan rezkinya pada lain…pada qaisar…qaisara yang bijak..qaisara yang mendapat perhatians semua yang melihatnya..qaisara yang disayangi ramai…qaisara yang sentiasa dimurahkan rezki…qaisara yang aku pasti disebut2 dalam tiap doa kak kuzi….ketenangan dan kesabaran umi qaisara membuat aku kagum..kagum akan janji Allah bahawa Allah bersama dengan orang yang sabar… Andai kak kuzi adalah perantara Allah untuk aku cermin diri dan perbaiki peribadi, Aku syukur kerana ketenangan dan kesabaran dia dipersembahkan dalam juzuk tubuh yang sederhana dlm segala hal… dan aku masih kagum ya Allah..terima kasih atas tarbiyyah alam buatku ini..moga kesabaran dan ketenangan juga menjadi peneman iman dan taqwaku padaMU ya ALLAH..kukuhkan lagi kesabaran kak kuzi, teguhkan lagi keimanan dia.. dekatkan lagi dia denganMU.. limpahkan lagi berkat dan rahmatMU untuk tiap nafas dia di atas muka bumiMU ini.. Moga apa jua ujian yang dihadapinya skarang dan akan datang, akan tetap dia tempuhi dengan ketenangan dan kesabaran yang sedia ada dan berganda-ganda lagi hendaknya..kak, I adore u..i really mean it.. moga akak mendapat lebih lagi kebahagiaan atas tiap apa yang akak korbankan demi kelansungan hidup yang lain.. macam bnyak sgt kate2 yang tak terungkap untuk nyatakan perasaan aku katsini tp seringkas mungkin, walau banyak kesukaran aku hadapi dan tengok dalam aku bekerja di sini, masih bnyk company lain yang mslahnya lagi besar dan membebankan. Aku syukur berada dalam kerja yang diberkati, bersama insan yang juga diberkati.. Barakallahufik ya ukhti.. =)

Friday, February 18, 2011

Atas JalanMU ya ALLAH

Assalamualaikum…pada pembaca yang tak seberapa bilanganya..tapi cukuplah selagi aku mampu melontarkan kata2 bermakna..tetap ada yang mendengarnya..walau hanya sepasang telinga..atau sebelah sahaja =)..

Alhamdulillah, dalam usia dunia yang smakin laju berdetik, sudah dua bulan lebih aku bekerja.. Alhamdulillah, atas rezeki yang telah ditetapkan (bak kate pixel), dengan izin Allah, DIA permudahkan segalanya dalam urusan rezekiku ini… ats niat yang aku tetapkan kerana Allah, skarang inilah perjalanan aku stakat ini dalam menuju destinasi Ilahi di akhirat sana…
Alhamdulillah, Allah bersama aku, selagi aku meminta DIA bersama ku..Jangan Kau palingkan hatiku ya Allah… Ramai yang bertanya, dengan kelulusanku, kenapa aku memilih jalan ini…kerana ALLAH..itulah sbenarnya.. Allah juga yang membenarkannya… tapi aku tak marah pada siapa sahaja y menilai jalan rezki ku skarang menyimpang jauh dari kelayakanku.…apa sangatlah segulung ijazah dan wang gaji yg banyak kalau aku tak mampu mengejar akhirat dalam pencarian dunia itu…ramai oarang2 sekeliling yang mengeluh gaji yang mereka dapat tetap tak mencukupi ….sedangkan mereka smua bekerja bdasarkan kelayakan mereka selayaknya… tetap di uji dan diuji…
ya Allah terima kasih atas tarbiyah ini..tak henti2 Kau mentarbiyyahku… aku ingin langkahku di dunia adalah langkahku dalam jalan2 ke akhirat..tidak mahu jalan jauh dari nyataku..nyata kita semua.. dan Alhamdulillah, Allah tetap bersamaku.. mnitis air mata saat ini bila teringatkan segala kemudahan2 Allah beri dalam kerjayaku ini…smuanya sekelip mata, dan untuk itu, aku tak termampu untuk mengeluh…Allah kurniakan nikmat atas tiap kesabaran yang aku lalui dengan sesabar mgkin..tiada yang dusta pada janjiMU ya Allah..Engkau tetap bersamaku…walau jalan sederhana, aku masih dalam mencari kesempurnaan Iman…bukan berpuas hati dengan iman yang sedia ada…makin aku cari, maki kerdil nilaiku…tapi Alhamdulillah, atas nilai itu jugalah Engkau member hidayah dan taufik agar aku terus dan terus lagi berusaha memperlengkapkan imanku…moga Engkau masih sudi menemani hari2 ini dan mendatangku ya Allah…hingga akhir kalamku nanti.. hanyalah Laaa ilaaa ha illallah..

Wednesday, December 1, 2010

Layakkah kita memilikinya???


Umum mengetahui bahawa hati merupakan penentu tindakan seseorang sama ada bertindak secara rasional atau tidak.Dalam ayat yang mudah sama ada segala tindakan yang dilakukan itu merupakan satu tindakan yang menjurus ke jalan yang diredhai Allah atau sebaliknya. Hati juga adalah raja dalam kerajaan diri.
Tanyalah diri kita, adakah segala kebaikan yang dilakukan selama ini dikuasai oleh hati yang mengikut telunjuk syaitan atau pun hati yang benar-benar ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah. Betapa sukarnya mendidik hati yang sentiasa menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan ini.
Itulah peperangan yang perlu dilalui oleh setiap mukmin bagi mendapatkan qalbun salim. Sudah pasti setiap mukmin tidak mahu menyimpan hati yang sakit, hati yang dikuasai oleh sifat mazmumah serta begitu sedikit atau tipis sifat mahmudah yang bertandang dalam diri. Begitu juga dengan hati yang mati, hati yang tiada nur, hati yang penuh dengan titik-titik dosa atau noda yang pasti membuatkan manusia itu lupa atau lalai dengan tujuan hidupnya di dunia.
Bagaimana hendak mendapatkan hati yang dilimpahi nur-Nya yang dapat mengubah kehidupan manusia itu sendiri? Bagaimana hendak berdakwah sesama mukmin, begitu juga dengan ahli keluarga sendiri yang kadang-kala terlalu banyak dugaannya berbanding orang lain yang harus dijalani?
Pokok pangkalnya semuanya berpunca dari hati, hati yang cintakan sesama Islam, sesama saudara seagama, kaum keluarga, hati yang ingin mengubah diri, hati yang mencintai kebaikan. Tetapi mampukan kita istiqamah kerana terlalu besar peperangan dengan syaitan ini. Sama ada kita mampu melaluinya atau tidak, itulah kehidupan yang perlu dilalui dan dijalani.
Bagaimana hendak memperoleh hati yang sejahtera ini? Hati yang sejahtera dari syirik, syak, was-was, hati yang sejahtera dari bintik hitam dosa, hati yang sejahtera dari cinta kepada dunia serta hati yang sejahtera dari sifat mazmumah? Adakah hanya memadai dengan solat, dan membaca Al-Quran semata-mata?
Bagaimana pula dengan niat semasa mengerjakan ibadah tersebut? Adakah kerana inginkan pujian manusia? Atau adakah kerana sebab-sebab lain? Pokok pangkalnya bagi memperoleh hati yang sedemikian rupa adalah dengan keikhlasan yang amat tinggi dalam hati kita. Hanya dengan ikhlas melakukan ibadah dan amalan kebajikan dapat membentengi diri dan menjadi pendinding daripada hasutan syaitan.
Sabda Rasulullah SAW: Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi Allah memandang hati dan amal kamu". Peganglah hadis ini, semoga menjadi dorongan dan pedoman serta panduan kepada kita.
Bagaimana hendak membentuk hati yang sejahtera? Semoga Allah memberi kita kelapangan masa dan peluang bagi mempelajari ilmu berkaitan hati. Muhasabahlah diri kita, jangan memandang hina kepada sesiapa pun walau kepada manusia yang berperangai buruk sekalipun.
Aturlah masa sebaik-baiknya kerana;
Demi masa:Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.Surah Al-Ashr.
Jagalah makan dan minum kita dari makan yang haram dan syubhat. Di sekeliling kita, manusia terlalu terdedah dengan makanan-makanan segera. Marilah sama-sama kita mengimarahkan masjid, menncintai dan menghindari majlis ilmu,beristighfar dan bertaubat, memelihara diri daripada dosa, membuang sifat mazmumah, berjihad melawan nafsu,menyuburkan amalan soleh, bersahabat dengan orang soleh, istiqamahkan zikir dan Al-Quran, sentiasa mengingati mati dan paling utama berdoa kerana doa itu senjata mukmin.
Akhir kata, berusahalah kita mendapatkan nur yang gemilang bagi hati. Semoga kita tergolong dalam manusia yang dipilih oleh Allah ke jalanNya. Marilah kita bersama-sama istiqamah dalam segala amalan kita, meskipun kita mendapat cacian orang sekeliling kerana sesungguhnya amalan yang ikhlas pasti dapat membantu kita mendapatkan qalbun salim.

sumber--ILuvIslam
p/s-- aku bukan sekadar ingin menyatakan ape yang aku rase di blog aku ini...aku ingin jadikannya sebahagian dari bekalan aku ke akhirat yang baqa... ilmu itu semua dari ALLAH. aku dan engkau jua dari ALLAH. aku berkongsi apa sahaja ilmu di sini. kerana Allah jua yang menakdirkan, apa yang aku rase, pastia da yang lain jua merasakannya... Jika Allah Maha adil buatku, DIA juga Maha adil Buatmu...Percayalah... k Wengers. Salam. =)

Monday, November 29, 2010

Diakah ALi??????

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali…”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a.

Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.


Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:
Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
*********************************************
Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya. Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar. Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan, bukannya couple, kerana bercouple itu banyak keburukan berbanding kebaikan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.

Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita. Buat diriku juga, saat ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku, wahai jodoh yang tak diketahui.


Amin...Moga Ade Ali itu...


Friday, November 26, 2010

DIA....

Di penjuru dinding dekat almari tu aku lihat satu tubuh tua…baru usai solat maghrib, berwirid dan berdoa…seterusnya die berniat dan mengangkat takbir sekali lagi… aku tahu dia bersolat sunat hajat.. lalu datang sebak dalam hati dan perasaan ini… doa seorang ibu untuk anaknya…memang biasa…tapi dia mengerjakannya dalam duduk..dalam kesihatannya yang tak sempurna…dalam upayanya yang diuji Pencipta… tapi digagahi jua…agar tercapai doanya pada ya RAbb… Allah… aku tahan sebak…terkenang waktu dulu aku sentiasa menelefon untuk minta dia mendoakan aku berjaya dalam pelajaran ..dalam imtihan.. begitulah jua agaknya dia waktu itu… mendoakan aku..hingga aku sedar kejayaan aku adalah sebahagian susah payah dia mengerjakan solat hajat buat aku selama ni… sebahagian dari indahnya , barakahnya, mustajabnya doa ibu… dia, ibuku..

Selain Rasulullah S.A.W untuk aku jadikan iktibar, pedoman dan contoh dalam agama… ada seorang lagi yang terlalu dekat di hati aku…

Ibuku… yang di hatinya hanyalah agama dan taat pada suaminya selagi tidak melanggar batas2 syariat.. itu sahaja pegangannya aku fikir… kerana itulah pada firasat aku Allah kurniakan ketenangan di wajahnya… kedamaian di raut mukanya setiap kali aku memandangnya… walau raut wajah tua…namun kedamaian dan ketenangan menyembunyikan segala kedut usia lanjut ibuku… Allah, betapa damainya memandang syurgaku…

Dalil kenyataanku di atas? Kami yang dekat dan menghayati kisah ibu ini akan tahu..memang benar kataku itu…bukankah begitu abang2ku? Kakak ku? Adik2 ku? Dia Ibuku…yang kami panggil MAMA…

Di hatinya tersemat kukuh agama Islam dan Allah… dia didik kami dengan agama sedari kecil dan dia rahmati dan redhakan kami di sepanjang hidup kami hingga hari ini. Tunjangnya dari saat mengandungkan…katanya waktu mengandunglah perlu banyakkan lagi solat dan doa…Dia lahirkan kami berenam secara normal, bukan pembedahan… bayangkan betapa sucinya Allah berikan ganjaran pada ibu yang melahirkan.. Al quran dan hadith lah jawapannya.. Allah beri ibuku kekuatan menanggung kesakitan untuk melahirkan kami berenam.. Khairil Ashram, Zulmajdi, Nor Saadah, aku Noor najiah, Nor Aisyah dan Nurul jannah. Allah kurniakan padanya kudrat menanggung keperitan demi amanah dan tanggungjawabnya sebagai ibu.. Asas agama yang dia sumbangkan pada kami lagi… adalah susu badannya yang dia bekalkan pada nyawa kami hingga kami bernafas sihat hingga saat ini ya ALLAh… dia Ibuku… biar badannya terjejas atau berubah bentuk, yang dia tahu, kami sihat dan mendapat nikmat berkhasiat. Di sepanjang waktu kami membesar, dia hanya suri rumah tanpa kerjaya hebat, tanpa pangkat bertingkat-tingkat, tanpa wang berlipat-lipat…cukup dengan apa yang ada…kami membesar tetap dengan pegangan yang satu, agama islam. Dan kami hidup baik-baik aja hingga hari ini.. sederhana.Alhamdulillah. itulah…pegangannya adalah agama…

Apa lagi buktinya? Hingga saat ini, pegangannya tetap agama… apa amalannya? Rancangan2 tv yang dia peka akan tayangannya adalah rancangan2 agama…sejak dulu dia peka dengan rancangan2 ilmu : Forum Perdana Ehwal Islam, Al kuliyyah, Halaqah… rancangan2 Tilawah alquran dan mengaji…inilah yang sentiasa dekat pada hatinya…Agama kan? Bila kecil aku sentiasa rasa terganggu kerana terpaksa membatalkan niat untuk mnonton rncangan kegemaran yg lain kerana ibuku menonton rancangan2 itu… tapi bila aku dewasa kini, aku makin sedar…

Teringat akan sabda nabi yang lebih kurangnya menyatakan; sesiapa sahaja yang menghadiri majlis ilmu terutamanya ilmu agama maka pahalanya seperti ibadah seribu tahun…

Ibuku bukan ahli ibadah,tapi yang wajib tak pernah dia tinggalkan.. dia sendiri pernah menyatakan…'mama tak pernah bangun tahajjud malam'… tapi... majlis2 ilmu agama sentiasa dia utamakan..terutamanya di tv-tv dan radio… dia sudah cukup penat menguruskan rumahtangga sepanjang hari…dan ibadah tambahannya dia gantikan dengan cintanya pada majlis2 ilmu… tidak dia keluar dari rumah, hanya menonton dan mendengar… tetap Allah janjikan pahalanya kan? Kerana itu juga pada aku,hidupnya tetap tenang… tiada apa lg hingga hari ini yang buatnya mengamuk2…menengking2 dan menunjukkan sikap tidak baik pada kami…kerana di hatinya…ada Agama….


Dia jarang boleh lihat drama2 dan cerita2 melayu yang menjadi pilihanya setiap malam sehingga habis… selesai dia solat, dia ke dapur menguruskan dan meyelesaikan urusan dapur, apa sahaja kerja yang berbaki spanjang hari itu, dia habiskan. Dalam bebelan mulutnya yang berbunyi dan kita anggap bising dan membosankan, tidak pernah setakat ini kerjanya bersisa. Pasti dia lakukannya jua…Hingga dia puas hati, dia ke luar. Dia mula baring dan tertidurlah dia. Sesekali dia sedar dan menonton tv di depan pembaringannya…dalam letihnya…dalam penatnya…siapa yang tahu? Kita tak tahu… tapi itulah yang dia pegang…tanggungjawab dan amanah… sekalipun dia tak pernah menyeleweng! selagi dia berupaya…. Ya…tubuh tua itu…

Amalannya lagi??? Al Quran! Yang dia amalkan setiap hari… dibacanya …hingga hari ini, aku tak terkira berapakali die khatam…kami adik beradik, jauh lagi dari pencapaiannya… tidak sekerap dan seistiqamahnya…bukan hanya Ramadhan, tiap hari meniti masihi dan hijrah…Al Quran lah amalnnya… dengan amalannya itu, banyak sekali ayat2 yang dibaca di tv dan radio adalah ayat2 yang sudah tersemat di hati dan mindanya.. ALLAh, aku tenang mendengar suaranya membaca kalamMU , lebih2 lagi dalam udara ramadhan yang damai.. suaranya mendamaikan, dalam udara yang suci murni… sungguh dia Berjaya menyampaikan cintanya padaMu ya ALLAh..kepadaku…agar aku tahu… agar aku sedar, Engkaulah maha Agong…betapa Al quran terlalu dekat di hatinya..Moga KalamMu jua beraja di hati kami ya ALLAh

Taatnya pada suami? Bapa kami.. Allah shja yang tahu betapa dia setia..betapa dia taat..betapa dia redha… betapa dia mulia… Bapa kami bukan pegawai besar…jauh lagi dari punya pangkat bergaya, punya wang berjuta-juta, namun bapa kami tak pernah berhenti berusaha mencari dalam menjadi yang lebih baik… usahanya tidak pernah henti…impiannya tetap ada…putus asanya tak pernah sekali… walau kami adik beradik kadang2 penat menanti, namun mama menumpahkan setianya, percayanya sepenuh hati pada suami… tidak pernah dia menidakkan selagi ada harapan…dibantunya jasmani dan rohani selagi dia mampu. selagi ada harapan, di menyokong dan menghulurkan bantuan ..Aib dan kesusahan tidak pernah dia war-warkan…maruah suaminya sentiasa dijaga. Sesukar mana pun dia rasa, hnya pada Allah dan kami sahaja dia mengadu… tidak pernah terlepas dari dinding rumah ini… baginya, suami adalah syurganya…pada pandaganku, setiap kekurangan bapaku, ibukulah pelengkapnya… setiap kekurangannya jua, Allah beri kelebihan itu pada bapaku… bapaku tak pernah berhenti membantunya juga..menjadi pemandunya…menolongnya ke kedai, menjadi imamnya… hebat kan Allah mencatur kehidupan? Ya DIA Maha Adil..jangan kita terlalu persoalkan ujian2 yang Allah berikan pada kita…hikmah tersembunyi hanya mampu kita temui, andai benar2 kita kembali dan menghayati ajaranNYA. Agama Islam yang satu…ia satu…tiada pilihan yang lain..dia, ibuku yang sederhana…

Dan dari amalan2nye yang taat hanya pada agama dan suami itu, Allah berikannya bermacam2 nikmat…Alhamdulillah, kesihatannya masih boleh dikira baik untuk hari ini… masih mampu dia melangkah..ketenangan? Ujian bertimpa2 pun tak pernah lagi dia lari dari batas2 agama… tak pernah dia berputus asa… dan dari ilmu dan agama yang dia terlalu titik beratkan dalam kehidupan kami, Alhamdulillah kami masih menjadi insan yang boleh dikira berguna… berkat didikannya…dengan agama..ya agama…dan dalam kesederhanaan hidup, tanpa barang kemas yang bersinar-sinar, tanpa kemewahan hidup yang melalaikan..tanpa pakaian yang terlalu membezakan darjat, ibuku tetap sihat dan terpelihara imannya. Ya dia memang sederhana..terlalu sederhana..tidak dia punya segala2 yang berlebih-lebih dan tidak dia ingin memilikinya…tidak dia orang yang menunjuk2 apatah lagi bongkak dalam apa jua kelebihan…tidak dia hasad dengan kelebihan yang lain… dihatinya tetap redha… dan dari itu apa yang dia miliki? Rezkinya tetap murah… ada aje rezkinya yang tiba… jika dikira2, simpanannya lebih lagi dari kami semua…tetap ada dan tanpa henti… walau rezeki tersekat di sana sini, pasti akan ada hadirnya rezki buat dia, Allah beri…. Ya, kerana dia dan agamanya… dengan itu aku percaya… Agama tidak membuat kita papa kedana…Agama tidak membuat kita mati, Agama tidak membuat hina.. tapi bertambah-tambah nikmat yang diberikan ALLAH pada sesiapa shj yang menjunjung agama… asasnya, Al Quran dan Sunnah…hanya bila kita mula lupa, Allah akan ingatkan kita kembali dengan menguji..dan menguji…Allah tarik nikmat , agar kita ingat…Allah beri kesusahan, agar kita sabar dan bertahan..tapi bila agama dan Allah itu kita ingat , ujian pun seakan nikmat, kesusahan pun seakan keselesaan…kerana ini dunia..medan kita diuji, samada kita bertahan…atau mengundur diri….kembali kita pada ALLAH, maka ALLAH jua akan tetap bersama kita…seperti dia.. yang sentiasa ALLAh di hatinya...Islam di kalbunya…IBUKU RAMLAH HJ SAID YANG TERCINTA...
Terima kasih Allah atas ilham ini..

Wednesday, November 24, 2010

Amar Makruf Nahi Mungkar...Tugas kita bersama

Anas r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu ditangannya."

Ertinya: Orang yang menganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar itulah pembuka kebaikan dan penutupan dari kejahatn dan ia termasuk orang mukmin sebagaimana firman Allah s.w.t.: "Wal mu'minuna wal mu'minaatu ba'dhuhum auliyaa'u ba'dh ya'muruuna bil ma'rufi wayanhauna anil mungkar." Yang bermaksud: "Orang-orang mukmin lelaki dan perempuan setengah menjadi wali pembantu pada setengahnya, menganjurkan kebaikan dan mencegah dari mungkar."