Wednesday, November 10, 2010

24/7...MARI MEMINTA-MINTA...

Diriwayatkan oleh Jama’ah Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ” Tuhan kita “Azza Wa Jalla, turun setiap malam ke langit dunia takala malam tinggal sepertiga akhir dan berfirman, “Barangsiapa yang berdoa kepada – Ku pasti akan Aku kabulkan , barangsapa yang mohon kepada ku pasti akan Aku perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun kepada-Ku pasti akan Aku ampun.”

Allahuakbar..betapa besar rahmatMu Tuhan…hanya kami kadang terleka dan terlupa akan peluang yang sentiasa terbuka luas olehMU..betapa Engkau mengasihi kami hambaMu seluas2nya…tiadalah kasih sayang dan cinta yang sebenar-benarNya selainMu ya ALLAh..Ya Rabb…

Buat ingatan diriku dan wengers yang sudi menjengah, kita hamba yang mudah leka.. namun Allah tak pernah pun sombong member peluang pada kita..membuka peluang untuk kita menjadi sebaik2 hamba… setiap malam kita beradu, padahal itu nikmatNYA..tapi disebalik nikmatNYA pasti DIA ciptakan sesuatu untuk kita usahakan agar kita kenaliNYA, cintaiNYA, syukuriNYA, dan sentiasa cintakaNYA.percayalah, apa jua yang diciptakanNYA, diberikaNYA pada kita atas muka bumi ni, tiada satu pun yang tertinggal untuk kita lupa bahawa itu semua dariNYA.

Rezeki berupa Makanan dan minuman, untuk kita syukuri dan berbahagi2 bila lebih, begitu juga wang dan harta benda. Kesedihan dan ujian, untuk kita bersabar, kerana Allah bersama dengan orang yang sabar. Kebahagiaan untuk kita kongsikan dan syukuri juga, kera semuanya dari ALLAh. See? Semua dari DIA kan? Dan semua kan dikembalikan padaNya kan? Apa jua urusan kita di dunia ini, kita diwajibkan pula mengingati DIA dalam tiang agama kita yang satu ni kan? Allahuakbar…indahnya DIA ciptakan Islam untuk kita…berbekalkan Iman yang dipersembahkan buatNYa, insyaAllah, mari kita sama2 syukuri nikmat Islam dan Iman kita dalm lafaz dan tingkah kita…

Begitu jugalah yang tersembunyi di sebalik malam. Panjang waktnya. Allah tak ciptakan waktu ini untuk disia2kan… berbekalkan KalamNYA dan sunnah RAsulullah S.A.W, kita disarankan bertahajjud kepadaNYA… untuk apa? Secara ringkasnya, tujuan solat sunat ini disimpulkan dalam hadith di atas…supaya kita berdoa, DIA akan kabulkan,supaya kita memohon, DIA akan perkenankan, supaya kita memohon ampun, DIA akan ampunkan..MasyaALLAH.. besarkan peluang kita meminta2..merintih2…memohon padaNYA?dahla sepanjang 5 waktu solat pun DIA nak perkenankan doa kita, waktu hujan, waktu sujud, waktu antara azan dan iqamah, dan pelbagai lagi waktu2 spesifik DIA beri peluang pada kita meminta2 kan?

Kalau kita nak meminta2, mengadu2, merayu2 dengan manusia, tiada sorang pun yang akan melayan kita seperti mana ALLAH membuka peluang pada kita kan? Orang2 besar dan kenamaan lagiii lah sibuk dengan urusan dan tanggungjawab yg besar. Kene setkan appointment n isi2 borang lagi..penuh ngan tatasusila lagi tu tak ira lagi kan…Kekasih hati pun, mesti tidur bila dah malam, mesti sibuk dengan urusan dia jugak. Ade wktu dia makan, smayang, solat..tapi ALLAH Yang maha Agung lagi Maha berkuasa, 24/7 bersama kita, bersedia mendengar kita meminta2 merintih2..tak perlu temu janji, tak perlu setkan date kan? Waaaahhhh bahagia sungguh ada yang mendengar dan memahami setiap rasa dan perasaan kita kan.ye..DIALAH yang satu… Pencipta kita semua duhai wengers…=)

Mari kita sama2 meminta2..memohon2..merintih2 padaNYa…bukan hanya pd waktu tahajjud, waktu yang lain juga…24/7 DIA sentiasa buka peluang pada kita, maka 24/7 jugalah kita biasakan diri sentiasa mengingatiNYA …insyaALLAh, memang sukar tapi tak mustahil pun kan? Jom kita sama2..aku pun bukan sempurna tapi bila dapat mengajak orang lain sama, bukan ke kemanisan tu berganda2??? =)

No comments:

Post a Comment