Friday, November 5, 2010

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun
ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada
orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai
suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang
berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami
lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia
pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah
mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan
sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga
mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka
keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam
Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-
lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan
pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali
tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan
dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan
tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah Ibadah Haji
sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang
lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu
Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas
ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan
tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul
dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu
. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu
berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat
selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada
orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang
terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku
sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

p.s- Tiap baris ucapan khutbah di atas penh dengan pesanan bermakna
Rasulullah S.A.W. moga menjadi pedoman dan teman hidup kite bersama dalam
mengejar akhirat...kerana dunia bakal kita tinggalkan.. InsyaAllah, sama2 kita..
pesanan untuk diri aku sendiri...Moga nabi akan mensyafaatkan kita nanti.
Ameen.

WASIAT RASULULLAH S.A.W.
“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan
menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam,
duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah,
memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan
memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau
diatas perkara tersebut”.
Telah bersabda Rasullah s.a.w.-- beramallah engkau dengan lurus hati kerana
Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang
lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;
“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
Juga pun”.






No comments:

Post a Comment