Friday, November 26, 2010

DIA....

Di penjuru dinding dekat almari tu aku lihat satu tubuh tua…baru usai solat maghrib, berwirid dan berdoa…seterusnya die berniat dan mengangkat takbir sekali lagi… aku tahu dia bersolat sunat hajat.. lalu datang sebak dalam hati dan perasaan ini… doa seorang ibu untuk anaknya…memang biasa…tapi dia mengerjakannya dalam duduk..dalam kesihatannya yang tak sempurna…dalam upayanya yang diuji Pencipta… tapi digagahi jua…agar tercapai doanya pada ya RAbb… Allah… aku tahan sebak…terkenang waktu dulu aku sentiasa menelefon untuk minta dia mendoakan aku berjaya dalam pelajaran ..dalam imtihan.. begitulah jua agaknya dia waktu itu… mendoakan aku..hingga aku sedar kejayaan aku adalah sebahagian susah payah dia mengerjakan solat hajat buat aku selama ni… sebahagian dari indahnya , barakahnya, mustajabnya doa ibu… dia, ibuku..

Selain Rasulullah S.A.W untuk aku jadikan iktibar, pedoman dan contoh dalam agama… ada seorang lagi yang terlalu dekat di hati aku…

Ibuku… yang di hatinya hanyalah agama dan taat pada suaminya selagi tidak melanggar batas2 syariat.. itu sahaja pegangannya aku fikir… kerana itulah pada firasat aku Allah kurniakan ketenangan di wajahnya… kedamaian di raut mukanya setiap kali aku memandangnya… walau raut wajah tua…namun kedamaian dan ketenangan menyembunyikan segala kedut usia lanjut ibuku… Allah, betapa damainya memandang syurgaku…

Dalil kenyataanku di atas? Kami yang dekat dan menghayati kisah ibu ini akan tahu..memang benar kataku itu…bukankah begitu abang2ku? Kakak ku? Adik2 ku? Dia Ibuku…yang kami panggil MAMA…

Di hatinya tersemat kukuh agama Islam dan Allah… dia didik kami dengan agama sedari kecil dan dia rahmati dan redhakan kami di sepanjang hidup kami hingga hari ini. Tunjangnya dari saat mengandungkan…katanya waktu mengandunglah perlu banyakkan lagi solat dan doa…Dia lahirkan kami berenam secara normal, bukan pembedahan… bayangkan betapa sucinya Allah berikan ganjaran pada ibu yang melahirkan.. Al quran dan hadith lah jawapannya.. Allah beri ibuku kekuatan menanggung kesakitan untuk melahirkan kami berenam.. Khairil Ashram, Zulmajdi, Nor Saadah, aku Noor najiah, Nor Aisyah dan Nurul jannah. Allah kurniakan padanya kudrat menanggung keperitan demi amanah dan tanggungjawabnya sebagai ibu.. Asas agama yang dia sumbangkan pada kami lagi… adalah susu badannya yang dia bekalkan pada nyawa kami hingga kami bernafas sihat hingga saat ini ya ALLAh… dia Ibuku… biar badannya terjejas atau berubah bentuk, yang dia tahu, kami sihat dan mendapat nikmat berkhasiat. Di sepanjang waktu kami membesar, dia hanya suri rumah tanpa kerjaya hebat, tanpa pangkat bertingkat-tingkat, tanpa wang berlipat-lipat…cukup dengan apa yang ada…kami membesar tetap dengan pegangan yang satu, agama islam. Dan kami hidup baik-baik aja hingga hari ini.. sederhana.Alhamdulillah. itulah…pegangannya adalah agama…

Apa lagi buktinya? Hingga saat ini, pegangannya tetap agama… apa amalannya? Rancangan2 tv yang dia peka akan tayangannya adalah rancangan2 agama…sejak dulu dia peka dengan rancangan2 ilmu : Forum Perdana Ehwal Islam, Al kuliyyah, Halaqah… rancangan2 Tilawah alquran dan mengaji…inilah yang sentiasa dekat pada hatinya…Agama kan? Bila kecil aku sentiasa rasa terganggu kerana terpaksa membatalkan niat untuk mnonton rncangan kegemaran yg lain kerana ibuku menonton rancangan2 itu… tapi bila aku dewasa kini, aku makin sedar…

Teringat akan sabda nabi yang lebih kurangnya menyatakan; sesiapa sahaja yang menghadiri majlis ilmu terutamanya ilmu agama maka pahalanya seperti ibadah seribu tahun…

Ibuku bukan ahli ibadah,tapi yang wajib tak pernah dia tinggalkan.. dia sendiri pernah menyatakan…'mama tak pernah bangun tahajjud malam'… tapi... majlis2 ilmu agama sentiasa dia utamakan..terutamanya di tv-tv dan radio… dia sudah cukup penat menguruskan rumahtangga sepanjang hari…dan ibadah tambahannya dia gantikan dengan cintanya pada majlis2 ilmu… tidak dia keluar dari rumah, hanya menonton dan mendengar… tetap Allah janjikan pahalanya kan? Kerana itu juga pada aku,hidupnya tetap tenang… tiada apa lg hingga hari ini yang buatnya mengamuk2…menengking2 dan menunjukkan sikap tidak baik pada kami…kerana di hatinya…ada Agama….


Dia jarang boleh lihat drama2 dan cerita2 melayu yang menjadi pilihanya setiap malam sehingga habis… selesai dia solat, dia ke dapur menguruskan dan meyelesaikan urusan dapur, apa sahaja kerja yang berbaki spanjang hari itu, dia habiskan. Dalam bebelan mulutnya yang berbunyi dan kita anggap bising dan membosankan, tidak pernah setakat ini kerjanya bersisa. Pasti dia lakukannya jua…Hingga dia puas hati, dia ke luar. Dia mula baring dan tertidurlah dia. Sesekali dia sedar dan menonton tv di depan pembaringannya…dalam letihnya…dalam penatnya…siapa yang tahu? Kita tak tahu… tapi itulah yang dia pegang…tanggungjawab dan amanah… sekalipun dia tak pernah menyeleweng! selagi dia berupaya…. Ya…tubuh tua itu…

Amalannya lagi??? Al Quran! Yang dia amalkan setiap hari… dibacanya …hingga hari ini, aku tak terkira berapakali die khatam…kami adik beradik, jauh lagi dari pencapaiannya… tidak sekerap dan seistiqamahnya…bukan hanya Ramadhan, tiap hari meniti masihi dan hijrah…Al Quran lah amalnnya… dengan amalannya itu, banyak sekali ayat2 yang dibaca di tv dan radio adalah ayat2 yang sudah tersemat di hati dan mindanya.. ALLAh, aku tenang mendengar suaranya membaca kalamMU , lebih2 lagi dalam udara ramadhan yang damai.. suaranya mendamaikan, dalam udara yang suci murni… sungguh dia Berjaya menyampaikan cintanya padaMu ya ALLAh..kepadaku…agar aku tahu… agar aku sedar, Engkaulah maha Agong…betapa Al quran terlalu dekat di hatinya..Moga KalamMu jua beraja di hati kami ya ALLAh

Taatnya pada suami? Bapa kami.. Allah shja yang tahu betapa dia setia..betapa dia taat..betapa dia redha… betapa dia mulia… Bapa kami bukan pegawai besar…jauh lagi dari punya pangkat bergaya, punya wang berjuta-juta, namun bapa kami tak pernah berhenti berusaha mencari dalam menjadi yang lebih baik… usahanya tidak pernah henti…impiannya tetap ada…putus asanya tak pernah sekali… walau kami adik beradik kadang2 penat menanti, namun mama menumpahkan setianya, percayanya sepenuh hati pada suami… tidak pernah dia menidakkan selagi ada harapan…dibantunya jasmani dan rohani selagi dia mampu. selagi ada harapan, di menyokong dan menghulurkan bantuan ..Aib dan kesusahan tidak pernah dia war-warkan…maruah suaminya sentiasa dijaga. Sesukar mana pun dia rasa, hnya pada Allah dan kami sahaja dia mengadu… tidak pernah terlepas dari dinding rumah ini… baginya, suami adalah syurganya…pada pandaganku, setiap kekurangan bapaku, ibukulah pelengkapnya… setiap kekurangannya jua, Allah beri kelebihan itu pada bapaku… bapaku tak pernah berhenti membantunya juga..menjadi pemandunya…menolongnya ke kedai, menjadi imamnya… hebat kan Allah mencatur kehidupan? Ya DIA Maha Adil..jangan kita terlalu persoalkan ujian2 yang Allah berikan pada kita…hikmah tersembunyi hanya mampu kita temui, andai benar2 kita kembali dan menghayati ajaranNYA. Agama Islam yang satu…ia satu…tiada pilihan yang lain..dia, ibuku yang sederhana…

Dan dari amalan2nye yang taat hanya pada agama dan suami itu, Allah berikannya bermacam2 nikmat…Alhamdulillah, kesihatannya masih boleh dikira baik untuk hari ini… masih mampu dia melangkah..ketenangan? Ujian bertimpa2 pun tak pernah lagi dia lari dari batas2 agama… tak pernah dia berputus asa… dan dari ilmu dan agama yang dia terlalu titik beratkan dalam kehidupan kami, Alhamdulillah kami masih menjadi insan yang boleh dikira berguna… berkat didikannya…dengan agama..ya agama…dan dalam kesederhanaan hidup, tanpa barang kemas yang bersinar-sinar, tanpa kemewahan hidup yang melalaikan..tanpa pakaian yang terlalu membezakan darjat, ibuku tetap sihat dan terpelihara imannya. Ya dia memang sederhana..terlalu sederhana..tidak dia punya segala2 yang berlebih-lebih dan tidak dia ingin memilikinya…tidak dia orang yang menunjuk2 apatah lagi bongkak dalam apa jua kelebihan…tidak dia hasad dengan kelebihan yang lain… dihatinya tetap redha… dan dari itu apa yang dia miliki? Rezkinya tetap murah… ada aje rezkinya yang tiba… jika dikira2, simpanannya lebih lagi dari kami semua…tetap ada dan tanpa henti… walau rezeki tersekat di sana sini, pasti akan ada hadirnya rezki buat dia, Allah beri…. Ya, kerana dia dan agamanya… dengan itu aku percaya… Agama tidak membuat kita papa kedana…Agama tidak membuat kita mati, Agama tidak membuat hina.. tapi bertambah-tambah nikmat yang diberikan ALLAH pada sesiapa shj yang menjunjung agama… asasnya, Al Quran dan Sunnah…hanya bila kita mula lupa, Allah akan ingatkan kita kembali dengan menguji..dan menguji…Allah tarik nikmat , agar kita ingat…Allah beri kesusahan, agar kita sabar dan bertahan..tapi bila agama dan Allah itu kita ingat , ujian pun seakan nikmat, kesusahan pun seakan keselesaan…kerana ini dunia..medan kita diuji, samada kita bertahan…atau mengundur diri….kembali kita pada ALLAH, maka ALLAH jua akan tetap bersama kita…seperti dia.. yang sentiasa ALLAh di hatinya...Islam di kalbunya…IBUKU RAMLAH HJ SAID YANG TERCINTA...
Terima kasih Allah atas ilham ini..

1 comment:

  1. speechless..alhamdulillah dengan kurniaan seorang mama...mama tiada tandingan..memang sederhana..tapi ada segalanya...

    ReplyDelete