Wednesday, November 2, 2011

Pagi yang Hujan

Assalamaualaikum semua. Jawablah. sama-sama kita doakan kesejahteraan sesama kita... =) Manalah tahu doa kalian semualah yang sedikit sedikit mensejahterakan kehidupan saya walaupun tetap Allah turunkan ujian...


Pagi ni hujan. sekarng ni nampaknya macam tu lah. Cuaca tak menentu. tapi janganlah kita berasa terlalu payah dan ralat dengan hujan yang Allah kurniakan buat kita. Bukan apa. Hujan ini mungkin menyusahkan hari-hari kita. Ada yang perlu kebasahan sebelum sampai ke tempat kerja dan sekolah. Kadang kadang menghalang aktiviti-aktiviti harian kita kan. Tapi jangan kita terlalu cepat melenting, mengeluh dan mengaduh. mengeluh merungut dan mengaduh hanya akan merosakkan kesihatan dan keimanan juga.


Hujan atau perubahan cuaca adalah dari Allah. Kita kena yakin bahawa Allah ada caraNYA tersendiri mentadbir makhluk-makhluknya. Alam ni kan mkhlukNYA. DIA jugalah yang berkuasa atas tiap sesuatu walau sebesar zarah sekalipun kan...


Mungkin Kita tak dapat bermain bola di padang bila hari hujan lebat. kalau kita dapat pun, kawan-kawan yang lain mungkin xsampai ke padang atas halangan hujan. tapi tahukah kita mungkin jika kita meneruskan permainan pada waktu sebegitu akan ada kecederaan yang berlaku. Kemalangan juga adalah kebarangkalian yang bakal berlaku di jalanan semasa menuju ke padang. Allah menghalang kita melakukan sesuatau, tapi dalam waktu yang sama DIA menjaga kita.


Negara kita punya hutan hijau yang agak luas dan besar. pokok-pokok dari hutan hijau ini dan yang ada di sekeliling kita inilah yang membekalkan Oksigen yang membolehkan kita bernafas sekian lama hingga hari ini. Andai Allah yang baik dan bijaksana itu tidak menurunkan hujan ke bumi, siapa agaknya yang rajin menyiram dan menjaga semua pokok-pokok di dunia ini? Baiknya Allah. masih menolong kita walaupun kita selalu mengeluh dan stress dengan hujan yang diturunkan, kan. Pohonlah Allah permudahkan hari kita walau dalam apa jua halangan yang DIA turunkan. Maka di sini saya menyarankan , berHAUQALAH la kita.

             

 "Tiada Daya kekuatan melainkan Dengan Kekuatan Allah Yang Maha Agong"  
       

Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah. Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.

Selain itu,

Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah KEBIMBANGAN”. (Hadis Riwayat Tabrani)

MasyaALLAH. Agak simple kan kaedahnya. Tapi itulah, sebenarnya kebimbanganlah yang selalu menguasai akal dan fikiran kita seterusnya terdorong meletakkan fizikal kita dalam keadaan bahaya.


Berbalik pada hujan tadi, itu hanya mukaddimah. hanya sedikit analogi dalam kita menghadapi sebarang kesusahan atau kegindahan dalam hidup. Allah yang mengatur hidup kita. DIA yang memberi ujian, maka DIA jugalah kita mohon agar dipermudahkan kita menghadapi ujian kan? Allah baik sangat. Dia cipta halangan, DIA juga cipta penyelesaiannya. tugas kita? Minta dengan DIA. InsyaALLAH. Amalkanlah kalimah HAUQALAH ni selalu.


NOTA: Moga dipinjamkan kekuatan dari ALLAH untuk kita saat kita rasa selemah-lemahnya dalam menghadapi kesukaran hidup ni. Amalkanlah. Yakinlah Allah itu memberi kesukaran untuk kita meminta pertolongan padaNYA. DIA mahu dekat lagi dengan kita. lagipun, bukankah hujan adalah antara waktu dimakbulkan doa? apa lagi, hujan je jom doa khusyuk-khusyuk!

BAIKNYAAAAALAH ALLAH KITA =)

No comments:

Post a Comment