Persoalan saya adalah, Tayangan-tayangan cerita hantu dan seram di tv kebanyakannya sekarang mementingkan pulangan komersial melebihi pulangan pengajaran dan tauladan. Tak mustahil juga mampu menggoyah tapak akidah dan iman yang kukuh di hati anak-anak zaman sekarang. Secara komersialnya mungkin payah untuk kita menyekat pengusaha industri hiburan dari terus mengaut untung untuk program-program sebegini. Akan tetapi, dari sisi yang lain saya ingin menganjurkan pada semua ibu bapa agar memantau dan mengawal tahap tontonan anak-anak terhadap hiburan-hiburan seram ini lebih-lebih lagi dalam menonjolkan kuasa imam dan lebai menghalau hantu. hanya pendapat saya. Tindakan dan perklaksanaannya terpulang pada kita.
Kisah hantu dan mistik yang ditayangkan skarang sudah makin berleluasa menerapkan kuasa "ustaz", "imam" atau "lebai" lebih dari penerapan kuasa Allah dan Ayat-ayatNYA.. Penonton disogok dengan ritual-ritual komersial berbanding penetapan akidah dan akhlak yang perlu ditonjolkan lebih lagi. Ibu bapa patut mengawal anak-anak menonton rancangan sebegini sekarang..
"Orang baik, Hantu pun takut dekat" - rasanya kalau anak-anak disogok dengan kata-kata begini mereka ada fundamental yang baik di dalam fikiran mereka dan akan terhad sedikit untuk menjadi nakal. Akhlak lebih terjaga. tapi bukan SEMUA ya maksud saya. Hanya saranan dan satu usaha =)
