Sunday, January 15, 2012

Kehormatan Kita

“Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya

Itulah bait kata-kata penuh makna Kak Wardina Safiyyah di  blog  luahan hatinya. Dia menceritakan bagaimana suaminya menjaga kehormatan dan maruahnya agar tidak dilihat sang perompak yang memecah masuk rumah mereka. Rata-rata wanita di fb berkongsi perasaan kagum dan keinginan mereka untuk mendapat suami sebaik  Bro.Ikhwan pada Kak Dina. Alhamdulillah. Jangan putus asa, pasti ada lelaki sebaik itu untuk kita, yang ditakdirkan ALLAH untuk menjaga maruah kita. Yang bakal kita lengkapkan tulang rusuknya nanti. Jadi pada saya tidak sepatutnya kita meletakkan kekaguman yang terlampau batas atas seorang manusia yang memang diperintahkan Allah untuk berbuat begitu. Alhamdulillah Kak Dina dikurniakan lelaki yang menjalankan perintah Allah sebaiknya selagi terdaya kan.

Kita juga boleh memiliki lelaki sebegitu selagi mana kita juga adalah hambaNYA yang melaksanakan suruhanNYA sebaik mungkin. Kerana itulah pesan Allah dalam suratNYA- "Lelaki baik untuk wanita yang baik ". Solusinya satu, Kita perlu berusaha sebaik mungkin untuk jadi yang baik kerana pasangan kita jua adalah cerminan kita bukan? Kalaupun ada Allah beri pasangan yang berbeza tahap soleh dan solehahnya, siapalah kita menentukan jodoh mereka? Allah punya perincian tersendiri dalam menjodohkan mereka. Boleh jadi mereka adalah lelaki dan wanita yang baik dalam tarbiyyah ALLAH sepanjang pernikahan. Ada jalan-jalan Hijrah yang Allah telah aturkan. Kita tidak pernah tahu bukan? Jadi tidak harus untuk kita menilai penentuan jodoh Allah pada hamba-hambaNYA yang lain.

Tujuan saya di sini bukanlah ingin bercerita soal jodoh sangat tapi itu hanya mukaddimah. 14hb hari tu adalah tarikh hari jadi Papa yang ke 62. Kenapa Dia yang saya mentionkan di sini? Kerana dia juga adalah lelaki yang bertanggungjawab menjaga kehormatan dan maruah saya sepanjang hidup saya selama ini. Dulu dalam fikiran kurang matang tidak dapat saya tafsirkan segala yang dia suruh dan lakukan buat saya, salah seorang anak perempuannya. tapi kini, saya cukup faham dan mengerti mengapa Allah mentakdirkan dia atau seorang ayah itu penanggung dosa isteri dan anak-anaknya. dalam lebih separa dekad menjadi anaknya, saya sedar dia sedayanya menjadi bapa yang terbaik buat kami. dalam hal menjaga maruah saya misalnya,

"Kamu dah dewasa, dah tanggung dosa kamu sendiri. Papa dan Mama hanya beritahu dan ingatkan. Dosa kamu dah tanggung sendiri tau"- Bila dia tahu anak perempuanya ini dah baligh. Biasalah. Saya bagitahu mama, Mama bagitau papa. =)

"Kamu pakai tudung besar dan labuh macam kakak kamu Saadah tu baru cantik dan bagus'- Dulu sewaktu dia tengok saya mencari kain untuk dibuat tudung. Kakak yang menjahit. Dua org abang dan Kakak di atas saya bersekolah di sekolah agama manakala saya bersekolah menengah Kebangsaan biasa.  Lama-lama saya terdidik sendiri untuk menjaga tudung agar tetap dalam landasan agamaNYA. InsyaALLAH, Moga Allah istiqamahkan saya.

                                           

'Lelaki ni, Kalau tak cuba untuk sentuh perempuan tu walau sikitpun, maka dia lelaki baik. Kalau keluar dengannya dan dia tak tunggu kita mengingatkan dia solat, tapi dia yang ajak dahulu, maka dia juga lelaki yang baik ' -dari Hati lelaki untuk lelaki yang bakal memiliki anaknya. Alhamdulillah. Pesan ini saya pegang hingga saat ini. ini jugak yang saya selalu kongsikan pada sahabat-sahabat terdekat. Hanya panduan, tapi Allah jualah yang lebih jelas dan nyata panduanNya.

Mungkin Foto ni tajde kaitan sikit tapi masih boleh jadi panduan

                                                  
Jika ada kesalahan saya (maklumlah anak dia ni kecik-kecik dulu nakal gak), dengan berhemahnya dia sampaikan pada adik saya Nurul jannah (yang paling rapat dengan saya), supaya membetulkan tingkah laku saya. Dan adik saya itu akan jumpa saya secara peribadi dan menyampaikan pesan. Mungkin adik saya pun lupa akan hal ni dulu tapi saya ingat lagi =)


Begitu juga dulu dalam darah muda saya banyak memberontak juga. Remaja kan. =) tapi dia guna pendekatan bila dia bersama saya sahaja dia akan menegur dan membetulkan kesilapan saya. Bila saya dan dia berdua aja dia akan menegur. Marah sangat tu tidak tapi ada syarahan panjang yang bakal dia sampaikan. Tapi tetap penuh dengan nasihat berhemah. Selalunya mama yang sampaikan salah laku anak-anak pada papa kemudian papa akan jalankan tugasnya membetulkan kesilapan anaknya ini. Rukunnya mereka =)


Setiap kali keluar rumah dialah yang selalu menjadi rujukan saya samada pakaian itu direstuinya atau tidak. Bila dia mengizinkan dan tak kata apa-apa maka oklah bagi saya. Jika tidak pasti ada teguran. Terima Kasih Allah atas kurniaan seorang lelaki yang membantu menjaga maruah saya sepanjang hidup saya selama ini.


Ada lagi. Tiap kali nak berjemaah dengannya dia pasti toleh belakang dan memeriksa pakaian solat kami. paling ketara dia pastikan bawah dagu kami tertutup , hanya muka yang kelihatan. dan keduanya adalah dia pastikan jarak tiga jari dari atas telekung di dahi kami. Dialah lelaki penjaga maruah saya selama ini. 

Inilah yang dia pastikan selalu

 
Paling menyentuh hati saya, waktu menolong dia mengangkut pasir untuk pengubahsuaian kecil toilet bahagian belakang rumah kami dulu. Saya memang biasa disuruh emak membantu papa dalam kerja sedikit berat sebegini. Dari sekolah dulu saya dah biasa bantu papa buat bilik pengantin waktu abang sulung nak  kahwin. Lori Pasir hanya mencurahkan pasir di kawasan depan rumah kami. Jadi pasir-pasir itu perlu diangkut ke belakang sebelum dibancuh simen. Depan rumah saya ada traffic light di mana bila orang berhenti sahaja pada isyarat merah pasti mereka menoleh ke arah rumah saya dan memerhatikan aktiviti2 kami. Jadi sebagai seorang perempuan adalah tidak betah untuk saya menyungkil pasir dan dimuatkan dalam kereta tolak untuk dibawa ke belakang. Saya juga rasa tidak selesa diperhatikan dari belakang. Dan seakan tahu perasaan anak perwmpuannya ini, lalu Papa berkata:


'Najiah Pegi tolong kat belakang aja, biar papa yang angkut dari depan'. Dia tahu niat saya ingin membantu tapi tugas sebegitu tidak manis untuk saya, anak perempuannya yang sudah dewasa. Lalu saya bersyukur dan sentiasa ingat akan kisah ini. Alhamdulillah rupanya hari ini masanya untuk saya bercerita akan hal ini. Terima kasih Allah.
Bukan Gambar sebenar untuk kisah saya di atas. Tapi kalau perempuan yang lakukan sebegini, agak tidak manis diperhatikan orang ramai di belakang, kan.
                                                


Bukan saya berniat apa, bersempena dengan kisah Kak Dina yang saya baca dan bersempena dengan Harijadi Papa yang ke 62, Mungkin ini salah satu hadiah untuk dia. Tak tahulah dia akan membaca ini atau tidak tapi sekurangnya saya juga ada cerita akan seseorang yang juga menjaga maruah saya dari dulu hingga kini. Sebelum saya diambil nyawa oleh Ilahi, kalaupun tiada kebaikan seseorang bergelar 'suami' lagi  untuk saya khabarkan pada  yang lain, tapi kebaikan lelaki terbaik dalam hidup inilah yang saya ingin sampaikan pada semua. Bagi saya, mungkin ayat di bawah ini yang sentiasa dipegang dalam hatinya:

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

 
Dan andai ada nanti yang bakal meneruskan tugas dia, harapan saya juga adalah sama seperti yang Papa lakukan pada saya sekian lama. Apa yang suami kak Wardina lakukan untuk isterinya. Dan saya yakin perempuan-perempuan di luar sana juga mengharapkan yang sama.Sama seperti harapan mereka apabila membaca cerita Kak Wardina.

InsyaALLAH. Ada lelaki sedemikian rupa.

Pixel pernah berpesan pada saya dalam banyak kali di akhir mesejnya : Jaga Maruah Diri, Jaga Kehormatan
Tidak pernah saya menerima pesan sedemikian rupa. Mungkin pada kita lelaki sebegitu sudah pupus atau tiada lagi di dunia.Rupanya masih ada. Ya saya percaya. memang masih ada. Alhamdulillah...

                              


Nilah Hero sejati saya. Bukan yang kat belakang.=)

1 comment:

  1. Moga ayah cik Bubub sentiasa dilindungiNya! :)

    ReplyDelete